Thursday, October 28, 2010

The Cutest Fight Ever

hahahahahaha...comel giler bila tengok lelaki marah kan??

aku suka lelaki yang garang, at least dia boleh didik aku menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti...

macam ayah...

ape yg aku rasa??


Sammy sedikit bersemangat setelah dinasihati oleh abg angkat Sammy..
walaupun dia pernah jadi macam Sammy..tapi dia taknak Sammy jadi macam dia..
dia taknak Sammy rasa apa yang dia pernah rasa dulu...thanks ya abg..

Really hope that I can meet him as soon as possible..siyesly..I miss him..
10,11,or 12 hb ni nak jumpa..hurm...
13hb Sammy ada community service kat Pulau Pangkor..

kat sana nanti Sammy nak tenangkan fikiran Sammy betul2..
nak busykan diri Sammy...huh!..
nak lupakan semuanya and mulakan hidup baru...

mama...i really mish you...
ayah..i really mish ur advice..
i really mish both of you...
tapi sedikit terubat rindu dihati bila mama call malam tadi hehehehe

P/s:
- sedikit kalut bila assignment dah dekat dgn due date
- bulan ni sangat busy..
- perlu jumpa jugak..

Hatiku berkata:
- ceria just datang kejap je..pastu sedih balik..hadoii
- need to be more serious on community subject
- gambatte!

Thursday, October 21, 2010

DILEMA!!!




hidup Sammy sedikit kucar kacir pada 19/10/2010...
disebabkan berlaku sesuatu,Sammy tak dapat fully concentrate dalam kelas...DAMN!
but never mind...i'll catch up ASAP..
hope that Allah bagi petunjuk dan jalan terbaik untuk dia buat keputusan dan pilihan yang betul..

Sammy akan doakan yang terbaik untuk dia..insyaallah..
tapi untuk kembali seperti dulu,
maaf la..maybe takkan sama seperti dulu..

im not the old SALFARINA ABU MANSOR..
im totally change!!!



Tuesday, October 5, 2010

tadi ade test..kelas malam batal-lah pulaks

Fuh...naseb bek tadi time buat test Sammy "boleh" jawab lah jugak..
soklan yang dia bagi...perrrghhh gile bapak menyengat..
tapi apa pun..tajuk subjek sem kali ini ter-sangat-lah menarik untuk di explore kan..huahahaha

blajau pasai ehem3...
blajau itun..
blajau inin..kihkih...



haih...manyak benda nak kne bayang dalam kepala hotak..
so..agak lucah disitu...

bila time perbincangan jwpn yang kteorg buat test tadi..tak ramai yang score sebab 1st time jwb buat test obstretrics and gynaecology ^_^

Puan: What is the function of the scrotum??

Bebudak kelas: D- the scrotum protects the testes and the sperm

Puan: Salah..jwpn dia B-the scrotum helps to maintain a higher temperature environment that the body

Bebudak kelas: eh..bukan ke D jwpn dia??

Puan: Scrotum tu takde function pape pon sbnarnya..dia just tempat persinggahan testes je..

Bebudak kelas: ?????

Puan: korang ni penah tgk telor ke tak??

Bebudak kelas: (dengan konfiden kteorg jawab) penah!

Puan: penah pegang ke tak??

Bebudak kelas: penah jugak!

Puan: (dengan selamba cicak dia jawab) tu la korang...penah pegang, penah tgk, penah main je tau..function pun tak tau..

Bebudak kelas: @#$%&* hahahahahahahahahahahahaha

P/s:
- pepandai la simpan2 rahsia ya..hahaha kipitdap
- kemana awak pegi? tentu awak dah tanak kawan ngan sy kan?
- hurm..tape2 sy sedor akan hal itu, sy terima seadanya

Hatiku berkata:
- haku rasa macam nak lap je kaki aku ni kat muka budak sekor ni..sakit ati aku! huh
- what ever u said...i dont care anymore becoz im no longer the old SALFARINA ABU MANSOR!
- saya tetap akan tunggu!

Saturday, October 2, 2010

itu lah


SELAMI HATI WANITA...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

tolong fahami aku kerana aku juga seorang wanita




Jika kaum hawa menangis...


Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahan...nya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.

Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.

Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan menyia-nyiakannya.

Mungkin karana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

fikirkan….

Wanita mana lagikah yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepanmu dan keranamu……

Dia menangis bukan karana dia lemah
Dia menangis bukan karana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan

Dia menangis,

Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.

Lelaki

fikirkanlah tentang hal itu

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah

Hanya kau yang tahu jawabannya….

Pertimbangkanlah

Kerana suatu hari nanti

Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mengatakan ‘MAAF’!!

People will forget what you said, People will forget what you did
But people will not forget, How you made them feel

wanita

Wanita ::::
Akal Senipis Rambutnya....
 Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya.
Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga?
 Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan... Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa mencipta segalanya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan... Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi, selamatkan dan sempurnakanlah dirinya... Dekatkan dirinya kepada Allah SWT... Nescaya akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat dibawah pimpinanmu...
"Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu dan tidak sehebat saidina Ali"

tabung

halwa telinga


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com