Friday, June 29, 2012

tentang awak, saya dan kita


assalamualaikum,

awak,
apa khabar awak kat sana?
awak sihat?
belajar macam mana?
awak dah makan?

*senyum manis*

awak,
biasanya itulah soalan lazim yang selalu saya tanya pada awak kalau awak contact saya kan?
tak kira la melalui mesej, call, facebook etc..
memang soalan bosan tu yang saya akan tanya pada awal selalunya..
tapi sebenarnya,
jauh disudut hati saya, saya sangat merindui diri awak..
tapi saya tau awak faham akan diri saya, saya tahu awak dah cukup kenal saya bagaimana..
jadi, tak perlulah saya ucapkannya disini
private kan? hehe *senyum manis*

Arsyad, saya sangat suka dengan nama tu
hujung nama awak ada Arsyad,
bagi saya, ianya sangat comel..
haha, entah la awak, bagi saya,
apa saja yang ada pada awak semuanya kelihatan comel dimata saya,
semuanya kelihatan comel dihati saya,

awak nakal,
pandai menyakat, selalu saya je yang kena dengan awak,
sampaikan takda peluang langsung untuk saya kenakan awak balik.. >,<
sampaikan nak jadi gaduh pun ade hehe
tapi takpa, setiap gurauan itu membuatkan kita akan lebih mengenali antara satu sama lain kan?

dan lagi,
bila kita jadi anjing dan kucing dalam sekelip mata,
tak kira la siapa yang mulakan dulu,
samada awak mahupun saya,
bila dah gaduh bukan main marah, bukan main lagi geram,
tapi tak sampai 24jam masing2 dah gelisah,
rindu nak berbaik semula
tapi ego masing2 masyaallah, tinggi melangit hahaha.. kan awak kan?

dan bagi saya, itu juga satu perkara yang agak comel :)

bila kita gaduh, setiap kali gaduh, saya makin kenal diri awak, dan itu yang membuatkan saya bertambah sayang dengan diri awak.

dan awak juga seorang lelaki bercermin mata,
tapi jarang pakai cermin mata,
awak kata 'mcm pakcik tua' hahaha
masa tu saya gelak besar, tapi bagi saya ok je sebab saya suka orang bercermin mata

nak tahu kenapa? sebab orang seperti ini ada dua identiti,
bila dia pakai cermin mata dia jadi lain, bila dia tak bercermin mata dia nampak lain..
tak percaya try awak test depan cermin :D

saya tak tahu nak cakap ape dah,
kalau nak terangkan kenapa saya sayangkan awak buat masa sekarang,
saya rasa lapanbelas pages pub belum tentu saya dapat describe betapa saya terlalu sayangkan awak :)

terima kasih awak,
terima kasih sangat2..
much love

~SAMMY

Wednesday, June 27, 2012

sudah 1 tahun :)


awak dah cerikan hari2 saya, terima kasih

assalamualaikum,

awak,
nak tahu tak?
kenal dengan awak buatkan hari2 saya rasa sangat indah..
kenal dengan awak buatkan saya belajar erti kasih sayang..
kenal dengan awak buatkan saya makin sayang dengan diri saya sendiri..
kenal dengan awak buatkan saya makin menghargai apa itu perasaan anugerah Allah..

awak,
nak tahu tak?
saya dah buang semua kenangan saya yang dulu..
saya nak mulakan hidup baru bersama awak..
saya nak awak didik saya jadi insan yang terbaik..
walaupun saya tahu kita sama2 banyak yang kurang,
tapi saya harap, saya dapat penuhi kekurangan awak dan awak jugak dapat penuhi kekurangan saya..

kita sama2 terima kekurangan dan kelebihan diri masing2..
2tahun saya ambil masa untuk kenal diri awak..
1tahun dah kita kongsi perasaan ini sama2 kan?
dan saya harap kali ini saya dah betul2 faham awak..

Alhamdulillah, saya sangat bahagia..
tak pernah walaupun sehari saya rasa bosan dengan diri awak..
tak pernah walaupun sehari saya rasa jemu nak layan kerenah awak..
tak pernah pun awak...tak pernah..

saya sangat bersyukur pada Allah sebab pertemukan awak dengan saya,
walaupun lambat, tapi takpa, saya tetap bersyukur..

awak selalu ada bilamana saya susah hati :')
awak selalu ada bilamana saya tengah marah :')
awak selalu ada bilamana saya sakit :')
awak selalu ada bilamana saya sangat2 perlukan awak :')

awak, terima kasih,
dah 1tahun pun,
terima kasih kerana degil dengan sikap saya

awak marah saya,
saya dengar,
awak nasihat saya pun,
saya dengar,

bila saya marah awak,
awak pujuk,
awak tak lari dari saya, awak sabar dengan saya..
terima kasih sayang

bila awak marah,
saya pulak yang pujuk..
hehe, time tu saya rasa awak lah yang paling comel yang penah saya kenal.
bila awak merajuk,
sumpah comel..
rasa nak cubit2 je..

saya harap,
apa yang kita impikan bersama selama ini jadi kenyataan,
siang malam saya berdoa untu kesejahteraan awak disana,
siang malam saya berdoa untuk kejayaan awak,
siang malam saya support awak.

awak,
terima kasih untuk semua yang kita dah kongsi bersama :')


Wednesday, June 20, 2012

senyumlah :)


tersenyumlah walaupun dirimu disakiti, walaupun hatimu dilukai :')


hati orang yang sakit/sedih, tak pernah satu saat pun lupa, tapi dia senyum supaya, dia boleh kata pada diri sendiri yang dia okay :)



tabung

halwa telinga


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com