Monday, March 28, 2011

ada apa dengan errr..CINTA


◙ Hati-hati  dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

◙ Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

◙ Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

◙ Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

◙ Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah  seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

◙ Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

◙ Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

◙ Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

◙ Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

◙ Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

◙ Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

◙ Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

◙ Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

◙ Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.


*ni bukan nukilan aku 100%...dan kalo perasan ada ayat2 yang dah biasa kita dengar...aku sekadar menamba sedikit perisa dan menghimpunkan kata2 cinta tu.

Monday, March 21, 2011

Luahan rasa saja

Assalamualaikum,
Yo gedik good girls and handsome boys sekalian ^_^

Errr...sebenarnya entry kali ni dah lama sangat terperap kat dalam draft, jadi aku postkan saja la walaupun aku banyak membebel kali ni. ~lantak kau

Aku sunyi. Kadang2 aku sakit, tak siapa yang peduli. Aku ngadu pada dia, dia macam tak kisah sangat. Alasannya "kau kan nurse, mesti la kau tau jaga diri kau sendiri"  -,-'

You know what? eventhough aku seorang nurse, tapi jika aku juga sakit.. aku juga seperti orang lain. Nak mintak simpati juga, nak rasa macam mane orang lain juga jaga aku. Nak juga ade orang pesan pada aku supaya jangan lupa makan ubat, banyakkan rehat. Tapi... kenapa tak ada yang sensitif?

Ya. Kalau kau sakit, aku lah orang yang paling bimbang tentang keadaan kesihatan kau. Aku lah yang selalu ingatkan kau supaya banyakkan rehat. Aku jugalah semuanya.

Tapi bila sampai giliran aku? Semua orang butakan mata, pekakkan telinga. Kenapa?
Oh lupa, mungkin bagi kau.. "aku kan nurse, tentu aku tau jaga diri aku sendiri" ok fine.

Kalau ikutkan hati, aku benci dengan keadaan diri aku sekarang. Tak tahu kenapa.


Photo curik dari facebook then sesuka hati dia je nak edit2. Hahaha. Anyway, thanks my dear sepupu

Dan, oh. Anak ini. Aku ingat akan anak ini. Sangat comel. Diam saja saat dia berada di pangkuan aku dulu ^_^
Rindu...


photo2 aku yang tu telah dikerjakan oleh Gadis yang ni hookay!
Lebiu la sepupu.. Nanti jumpa ai bagi senyuman yang paling manis untuk yu oke :p


dan....errrr.


errrr, dik oi, asal dua skali tutut masyuk dalam mulut tuuu? tak cukop satu ka? ahahahahaha
aku hanya mampu gelak saja bila lihat ini photo XD

Sunday, March 20, 2011

Ini cara aku hargai mereka ^_^

 Alhamdulillah, 17hb March lepas genap dah umur aku 20 tahun...
Fuh, rasa diri ni sudah agak2 tua hehehee.

Hadiah takde pun yang bagi pada aku, tapi err, aku tak mengharapkan sangat pun. Dah besor2 pun takkan la nak hadiah lagi ye tak? buat malu jah. hehehehe ;p
Tapi, kalau ade yang bagi, heh, den lagi suko. >,<

Aku dapat banyak wishes dari kenalan alam maya aku dan ianya sudah cukup buat ari bermakna aku sangat happy

Kalau la aku ni kaya, nak aje aku belanja semua org yang wish befday aku ni Roti Canai, tapi, apekan daya..aku hanya student yang sangat mmerlukan duit yang banyak utk beli buku rujukan yang agak2 mahal tu huh >,<  (ayat abis poyo)

So, aku buat entry khas untuk mereka yang hargai aku, yang ingat ari lahir aku :)


Haaaaaa....Ini dia mereka mereka yang ingat pada aku. Walaupun banyak, aku tak kira, aku nak bagitau jugak kat korang. Sebab dengan cara ini saja aku dapat balas pada mereka. Nak belanja roti canai sorang satu tak mampu sebab ramai sangat hehehehe ^_^
















Fuh, ni aku amik secara random je ni.. tak larat nak upload semua sebab banyak sangat wishes.. siyes..

And and and aku nak ucapkan

Wednesday, March 16, 2011

Maybe Someday ^_^

[rasa macam mustahil je untuk aku capai kau kan?]

Aku blogwalking. Jumpa satu blog pasangan yang sangat2 romantik-lah bagi aku. Aku baca kisah hidup mereka, aku geledah entry2 lama mereka. Bermula sesi perkenalan, gaduh-baik-gaduh-baik semula. Asam garam orang bercinta. Mereka nampak sangat bahagia dengan kehidupan sebegitu. Ah, takdir tuhan, rezeki masing2. Bahagianya jika aku juga begitu ^_^. Kata hati aku.

Aku jalan2 lagi dalam blog tu. Aku lihat gambar2 mesra mereka. Kekadang aku senyum, kekadang kening aku berkerut.

Aku ketap bibir. Ah sudah,  cemburu sudah mula gigit pada tangkai hati melihat kemesraan mereka.

Dan aku berfikir, masa aku bila akan tiba agaknya ya?

Kawan: Kau tengok apa?
Aku: Blog seorang kawan.
 Kawan: Asyik benar kau tengok tu. Ada apa?
Aku: Tak ada apa-apa (senyum)
Kawan: Aku tau
Aku: Tau apa?
Kawan: Kau cemburu bukan?
Aku: (ketawa) Untuk apa aku cemburu?
Kawan: Sebab hidup kau tak sebahagia mereka
Aku: Ah, masa aku belum tiba
Kawan: Sabarlah kawan, masa kau akan tiba juga satu hari nanti
Aku: Kau pun rasa macam tu juga?
Kawan: (mengangguk)
Aku: (senyum)

[maybe someday]

Monday, March 7, 2011

ade orang bagi aku lagu best

Assalamualaikum..
Aku nak tanya pada korang, korang pernah rasa bahagia tak? Pernah rasa happy tak?
Korang pernah dapat lagu dari seseorang yang rapat dengan korang tak?
Kalau ada, kongsikan la pengalaman tu dengan aku. Aku pun nak tau jugak ^_^

[aku mahu senyum dan sentiasa mahu senyum buat masa ini]

Dan sekarang aku nak share happy aku disini. Nak garapkan disini.
Kau tau? Ade seseorang bagi lagu2 best pada aku minggu lepas. Melalui Fb.
Aku terharu bila dengar lagu tu. Banyak kali aku dengar.
Dan aku menagis sebab happy sangat. Yela kan, sepanjang 20 tahun hidup kat dunia ni mane la ade orang nak bagi aku lagu2 semacam tu pada aku.

Yang ada hanya lah lagu befday bilamasa befday aku tiba. Dan lagu zaman kecik2 dulu ayah aku selalu nyanyikan untuk aku.

"Oh McDonald had a farm.. E I E I O...lalalalalalla"

Hah, lagu tu je yang aku pernah dapat. Sadis kan? Haha ^_^

Aku dapat lagu ni daripada orang tu

[dapat lagu Devotees-Mahar Cinta]

dan lagu ni

[De Hearty-Inspirasi Hati]

Korang nak dengar lagu2 ni, boleh search sendiri kat Youtube ok. Aku pemalas skit kali ni. Malas nak letak link.

Bila aku dengar je lagu ni, terus je aku tangkap cintan.. Gila betul aku. Yela, Appreciate la dengan si pemberi sebab dia tu seseorang yang berjiwa yang agak2 sentimental errr... hehehe ;p

Oh ye, aku sekarang sedang menderita tak boleh jalan, sebab kaki aku terkehel time nak turun tangga malam aku nak on the way ke tempat latihan running.

So, dah injured teruk sampai bengak macam belon kaki aku ni haa, aku terpaksa skipkan diri dari masuk tournament. Ah, lantak la ayat aku tunggang terbalik. Tengah derita sakit ni. Fuhh...

Kan best kalau ade orang boleh tolong urutkan kaki ni. Sakit wooo :(

Friday, March 4, 2011

capap punya entry

disini aku cuma nak bagi tau yang aku bahawa hati aku sekarang tengah panas didih menggelegak dengan perangai seseorang...oouuhhhh...ianya sangat menjengkelkan pada pandangan mata aku..

sungguh...Aku benci.. Benci dalam diam!

dan dengan itu aku baru join Heartbeat aka degupan jantung...hahahhaha..apekes??



nak tau apa itu HEARTBEAT, klik je kat gambar tu..maka dengan automatiknya, korang akan tau.


Berbalik pasa asal, ye..lantak la kau nak cakap apa. Aku tak peduli. Macam aku nak sangat la kan? Aku bukan haprak sangat oke. Sape yang terasa, dia akan faham ayat entry aku untuk kali ni.


Chalo.

pasang HEARTBEAT jommmm

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, March 3, 2011

Contest Senyum Paling Ceria


Ok, Sammy ditag oleh Cik Kupu Kupu Ungu yang comel untuk join contest ni :)

Sape2 nak join contest nie boleh la klik dekat sini untuk maklumat lanjut dan mengenai penganjur yang menganjurkan contest ini hehehe

Ok, Sammy pertaruhkan gambar yang ini......

Tadaaa


Gambar ni diambil sempena buat jamuan guna duit sendiri kat key if si (KFC) berdekatan rumah kami, dan sebab mengapa kami kelihatan ceria sehingga tersenyum ceria sampai mcm tu sekali adalah sebab perut kami sudah kenyang dan lepas tu kami boleh balik dan terus tidur Z_Z ehehehehe

Ok, dan sekarang Sammy mau tag 3 orang blogger bertuah


Sekian, tata

Tuesday, March 1, 2011

trying to think in a positive way

Hello good girl and gedik boys sekalian. :D

Sesi luahan pada si Ai Chan berlangsung selama 1 jam. Uhuk2..


beliau sangat memahami aku. Aku cerita masalah aku pada dia, pada aku, dia adalah tempat yang paling best untuk beri aku nasihat even kitorang jarang contact. *kawan zaman sekolah yang masih boleh diharapkan*

dia suruh aku jangan pikir sangat masalah yang datang. Try to face it with a smile :) smile smile smile and cool...errr betul ke aku cakap ni?

dia jugak suruh aku berfikiran positif terhadap apa yang berlaku. Yeah, mungkin aku terlalu berfikiran negatif sehingga ianya sangat mengganggu perjalanan hidup aku yang agak2 adventure hampir saban hari. >,<

Dah siap2 sesi luahan perasaan kitorang bercerita pula tentang JROCK Band kesayang kitorang ni haaa...

Hell yes. Aku dan Ai Chan sangat meminati Jrock Band.

* kalau tak tau sape itu ALICE NINE, boleh tekan sini or search PV dia kat sini *

Blablabla..sampai tahun depan pun tak abis kalau duk kongsi2 cerita dengan minah sorang ni haa. Besh wooo

time lepaking sama2 bersama seorang putera yang agak macho di belakang tu ^_^
ok, fine, yang kat blakang tu adik dia hookay!



dah dah dah..banyak mengarut pulak entry kali ni. Sebenarnya dah lama sangat entry yang ni duk dalam draft, tapi tak update2 jugak. Daripada duk peram jadi tempoyak, baik aku post-kan aja

sape suka boleh LIKE,
sape tak suka boleh klik butang pangkah yang warna merah hujung belah kanan tu ya ^_^

tabung

halwa telinga


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com