Wanita..
wanita adalah pelengkap dunia..
juga penyejuk mata..
hati mudah terluka..
pabila diri di anggap tidak berguna..
Wanita..
selalu ada di sisi..
tidak kira apa jua situasi..
pembimbing dan pemberi motivasi..
pada insan bernama lelaki..
Wanita..
bertuah memiliki nya
mencintai seadanya..
menghargai semua yang dikurnia..
kerana Ilahi memberi segala2 nya...
Tujuan aku ingin berada dan menemani disisimu sepanjang hayatku bukan bermaksud untuk menyusahkan kamu, tetapi untuk menyenangkan kamu, memudahkan kamu, melengkapi kamu. Tapi, jika hadirnya aku memberi seribu satu kepayahan dan kesulitan buatmu, khabarkan saja, aku bisa berundur dan tak akan kembali :'(
Senyumlah kamu andai aku tidak lagi ada disisi, tabahkan dirimu buat insan yang lebih memerlukan dirimu, kamu kuat, bahkan lebih kuat dari aku.
Moga kamu bahagia sentiasa seiring waktu berjalan. Moga kamu sihat sentiasa dan biasa berbakti kepada kedua orang tuamu.
Jaga diri, jaga hati, jaga batas, jaga semuanya. Selalu ingat pesan aku yang satu itu :'/
Kerana "aku dan sifat menyusahkan itu berpisah tiada"
No comments:
Post a Comment