Friday, April 23, 2010

Rindu Bertaut Pada MU

hati ini semakin rindu..
setiap kali aku mengenangkan dirimu..
aku terlalu rindu..
rindu..

Muhammad Mubin..
Along sayang..
Along rindu..
Along cinta..
Along kasih..
Apa khabar kamu wahai adikku?

Aku teralu rindu untuk menyakatmu..
Aku rindu akan tawamu..
Aku rindu akan sifat manjamu..
Aku rindu akan ketua kelas tahun 2 itu..
Aku rindu..

Ah..dalam hidup ini tiada yang ku rancang sendiri..semuanya berlaku teratur mengikut kehendakNya..
Semuanya berlaku seperti yang telah dirancang olehNya...
Sedar tak sedar, dah tahun kedua aku dalam bidang kejururawatan ini...
Semuanya aku tempuhi dengan hati yang terbuka, dengan lapang dada..
Segala najis muntah, telah aku cuci...
Segala nanah darah.,telah aku hadapi walaupun ianya mencabar kesabaran dalam diri ku...

Pernah aku terfikir untuk tarik diri dari bidang ini...tapi..
Aku dah separuh jalan, dah terlambat untuk tarik diri..
Perlu difikirkan juga duit pinjaman yang bakal aku ganti...
Akhirnya aku redha dengan ketentuan dariNya..
Aku teruskan juga..

Minat boleh dipupuk..
Cinta boleh dibentuk...
Itulah yang terjadi...
Lama kelamaan..aku mula meminati bidang yang aku ceburi..

Hari hari yang dilalui kekadang menyeronokkan, dan kekadang juga menyakitkan hati..
Berhadapan dengan assignment yang melambak lambak..Fuh..sabar lah wahai hati..
Sekejap aje lagi dah..dah nak habis dah..tinggal 3 semester aje lagi untuk kau pegang duit sendiri..(aku bermonolog sendirian)

Tapi..bermula dari sini juga lah aku belajar mencintai..
Apa itu budi bahasa..
Apa itu hormat menghormati...
Aku juga belajar menyayangi orang..
Belajar juga untuk disayangi seseorang..

Menyembuhkan pesakit adalah satu kepuasan bagi aku..
Dapat melihat mereka ketawa senang adalah satu perasaan yang mendamaikan jiwa..

Aku akan melihat yang tidak dapat berjalan bangkit dan bersorak dengan penuh gembira..
Aku akan melihat yang lumpuh berjalan dalam penuh keriangan...
Senyuman pesakit akan kelihatan penuh mengasihi aku apabila aku merawat dia sebaik mungkin..
Allah beri aku peluang mencintai CiptaanNya....

Biar berkat kemulian Mu ada di dalam hati aku...
Biarkan ianya terus berada disitu..
Terima kasih kerana memberi rencana yang begitu indah sehingga pada masa ini aku bergelar seorang jururawat..

Terima kasih..kekasih awal dan akhir aku..ALLAH S.W.T

No comments:

Post a Comment

tabung

halwa telinga


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com