hahaha...klakar plak aku rasa tajuk yg aku tulis tu...tapi, aku dah ketandusan idea saat ini..hurm...esok nak balik shah alam, maka aku akan merindui bandar Kota Bharu ni..
2 ari lepas aku jumpa dengan Romis, dia cakap dengan aku.. before aku balik Shah Alam, dia harap aku n dia dapat jumpa kat Kb n kebetulan nasib menyebelahi kami, aku terpaksa balik Kb sebab atok aku sakit, then aku kena jaga atok yg Post Op bypass surgery, so aku dapat la jumpa dia sejam kat KBmall..
Tapi yang tekilannya ialah, aku dah kecewakan dia.. sebabnya aku tolak dia nak belanja aku time kat KFC.. bukan niat aku nak tolak duit dia nk belanja aku kat KFC tu, tapi memang aku dah ajar diri aku untuk tidak menerima duit dari sesiapa walaupun 10sen.. Aku rasa bersalah giler time dia bagitahu aku yang dia terasa hati dengan aku sebab aku sekat dia nak belanja aku...
Tapi nak buat macam mane, dah memang attitude aku macam ni.. aku bukan apa, aku tak nak satu hari nanti aku terhutang budi dengan Romis.. Maafkan Sal iya Mie..Sal bukan sengaja nak buat Mie terasa hati..
Pukul 2ptg aku sampai di KBmall tu aku lepak2 dulu kat situ, menyejukkan badan kejap sebab skarang ni musin panas membahang kat Kb ni.. Dah setengah jam aku kat dalam Kbmall tu baru la aku mesej Romis, cakap aku da sampai.. bila dia da sampai aje kat KBmall tu trus dia bgtau aku yang dia kat restoran KFC dalam bangunan yang sama.. Dia pakai baju warna kegemaran dia time tu.. Warna Merah, berseluar pendek n sandal.. simple aje pakaian nya.. tapi stay cute meh..huhu
Time tu la aku tolak dia nak belanja aku, aku tak tau kisah pulak yang dia simpan aje prasaan terasa hati tu diam-diam.. ish, macam mane la aku boleh tak perasan time tu, tak patut betul la aku ni.. ye la, mane tak nya, time borak2 dengan dia.. dia tu happy giler, banyak kali aku kena usik dengan dia.. and then lepas makan kteorg round2 dalam bangunan tu, tapi kejap aje,tu pon dalam keadaan tergesa2 sebabnya dia da nak balik.. katanya kena ambik kunci rumah dengan kawan takut nanti bila kawannya tu bawak kuar kunci rumah, diorg akan terperangkap dlm umah pulak..
Macam-macam yang kitorg bualkan time jalan sama2, rasa macam adik beradik ja kalau duk dgn dia, rasa selamat, macam2 rasa la boleh ada time tu..gelabah gak dibuatnya.. seronok gak.. ye la, rindu giler kowt tak jumpa.. last jumpa ari tu masa aku bagi dia tshirt kat dia time praktikal sebulan yang lalu.
Aku belikan spupu aku nombor fon baru and sebauh novel penulis kesayangan aku DAMYA HANNA. Then baru la Romis hantarkan aku sampai ke kereta prebet sapu tuk balik ke HUSM..huhu
Aku harap, cuti sem depan aku nak jumpa dia lagi, and aku takkan ulangi kesilapan yang sama lagi.. insyaallah
Yela skali jumpa mane la puas, pulak tu 1 jam aja.. (hisy dosa plak aku pikir benda macam ni).. nafsu tubuh ni.. hahahaha, tp alhamdulillah, dia tak sentuh aku langsung time kteorg keluar sama-sama, dia hormat giler kat aku, dengan sikap gentlemen dia tuh... fuh, nasib baik tak jatuh jantung aku dibuatnya.. kalau tak, naya la.. hahaha ;p
whatever la.. yang penting, bila ade cuti sem depan, aku nak balik KB lagi.. nak jumpa DIA huhuhu
p/s: mood tak kena, rasa ngantok.. tulis mengarut huhu ;p
Sunday, March 28, 2010
Saturday, March 20, 2010
Gerak Hatiku Saat Ini
hurm...sebenarnya..aku tak tahu nak tulis apa disini..tapi, tanganku terasa gatal aja nak menari nari di atas keyboard ni...ntah apa la nak jadi dgn aku ni agaknya (gaya mcm org tgh berfikir)
waktu sudah berganjak ke pukul 2.15 pagi.. Ah..aku terlalu bosan waktu ini, nak kata mengantuk, siang tadi dah tidur lama, malam pulak time tuk aku melayari internet sepuasnya..tapi tak tahu apa nak buat, jadi..aku meluangkan sedikit masa untuk melakarkan rasa hati aku saat ini..
aku???? hurm..rasanya macam nak makan ice kacang aja..tapi, pagi2 buta macam ni mana nak cari?? so, aku buat milo panas aja..hehehe... ssllrruuppppppp.. yummy :P, bestnya air milo ni..time2 sejuk macam ni minum air milo panas..memg kaw la rasanya...
Romis?? Ah..dia sekarang mungkin tengah fight dengan exam final sem 9 dia...ari birhthday aku ari tu pun sebenarnya dia dah bagitahu aku yang dia tengah buat revision untuk exam final sem 9 dia..hurm... aku harap dia dapat jwb exam tu dengan baik...Insyaallah!!
Along?? dah 2 hari tak contact, apa cerita la dia agaknya, sihat ke, busy ke..hai..ntah la.. aku harap, dia baik2 aja kat sana.... Dia cakap nak jumpa aku time aku balik Kb isnin ni, tapi aku tak bagi jawapan yg konkrit kat dia..sebabnya?? sebabnya aku tak berani nak jumpa dia.. tau je la, aku ni mane la pernah jumpa lelaki yang tak kenal sebelum ni. Dan mungkin dia adalah yang pertama aku jumpa.. Tengok gaya dia layan aku aja, memang dia sangat menghormati aku punya prinsip.. bagi aku, dia lelaki ketiga yang gentlemen selepas Romis dan Hafiz.. Ah..Hafiz lagi.. kenapa la aku sebut jugak nama lelaki tak guna tu?? lantak dia la apa nak jadi lepas ni...
Mungkin aku akan jumpa jugak kut dengan Along tu.. ye la..kesian jugak kat dia.. beriya dia ajak jumpa, tapi aku yang tak nak..tapi aku dah bagitahu dia yang bila aje aku tiba kat Kb nanti, aku takkan sesekali cari dia, biar dia aje yang cari aku.. ye la..mane boleh prempuan yang cari lelaki, mesti lelaki la yang cari sebab dia yang ajak jumpa, bukannya aku kan?? so.. aku tak salah dalam hal ni... dah la..nanti aku fikirkan balik hal ni
wah!!..panjang jugak aku menaip dalam bosan2 nya tadi..hakhak.. hurm...cukup la stakat tu untuk hari ni.. apa2 hal, nanti aku update lagi blog ni..
Miss u ROMIS!!!

Thursday, March 18, 2010
My Birthday!!
Semalam adalah hari yang paling happy dalam hidup aku,walaupun aku tak sambut apa-apa tapi penghargaan dari kawan-kawan sangat buat aku terharu...kawan-kawan kat facebook n tagged banyak wish birthday kat aku..yang sama birth date dengan aku pun ada..aku happy..
Romis pun wish kat aku,tu pun selepas aku remind pasal birthday aku..dia ckp "Wah... Praise the Lord. Allah always be with you Sal. Sory mie terlupa terlampau khusyuk study. Next time aja Mie beri present k... Ha tua dadia hehe. Have a blessed birthday Sal "
Bersyukur aku dapat seorang kawan seperti dia...Along pon wish birthday kat aku..handphone dia tak ada kredit jadi rela dia pinjam kredit kawan dia semata-mata nak wish birthday kat aku..
Dia ckp "Happy birthday, saya tak de kredit, Ni no kwn saya, Awk jangan save no ni k, Pape pon, semoga panjang unur and hidup di berkati Allah...
Aminn....semoga begitulah hendaknya...anyway...walaupun aku tak sambut birthday,tapi dgnn wish dri kawan-kawan dah cukup buat aku rasa bahagia sepanjang hari tu..aku bersyukur ya Allah...terima kasih atas segalanya..
Friday, March 12, 2010
LOVE!!
Find a guy who calls you beautiful instead of hot, who calls you back when you hang up on him, who will lie under the stars and listen to your heartbeat, or will stay awake just to watch you sleep... wait for the boy who kisses your forehead, who wants to show you off to the world when you are in sweats, who holds your hand in front of his friends, who thinks you' re just as pretty without makeup on. One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU... The one who turns to his friends and says, thats her...
Monday, March 1, 2010
Gemersik Suara
Kata bonda
Adik, jangan berlari!
Nanti terjatuh
Langkahku terhenti
Kata ayah,
Lari nak!
Teruskan usaha
Langkahku kian giat
Bonda berkata lagi, Lihat!
Kan lutut dah cedera
Aku menangis melihat darah
Ayah berkata lagi
Bangun nak!
Aku menahan sakit
Air mata dibendung
Ayah, Bonda
Meskipun asuhanmu berlainan
Namun aku terbentuk kemas
Dengan acuanmu..
Nukilan:Diari Hatiku
Adik, jangan berlari!
Nanti terjatuh
Langkahku terhenti
Kata ayah,
Lari nak!
Teruskan usaha
Langkahku kian giat
Bonda berkata lagi, Lihat!
Kan lutut dah cedera
Aku menangis melihat darah
Ayah berkata lagi
Bangun nak!
Aku menahan sakit
Air mata dibendung
Ayah, Bonda
Meskipun asuhanmu berlainan
Namun aku terbentuk kemas
Dengan acuanmu..
Nukilan:Diari Hatiku
Subscribe to:
Posts (Atom)