Thursday, April 21, 2011

Kenapa kau single?

CINTA itu subjektif dan hanya boleh dirasakan dengan hati

hurm.....
orang selalu jugak kut akan soal aku macam ni:
  1. Kau single? takpercayala...
  2. Kau ni memilih sangat ke?
  3. Kau ni cari mr perfect ke?
  4. Kenapa tak cari pasangan?takbosan?
and so on......


Dan jawapan aku tuk soalan no.4 = Hang ingat cari pasangan macam beli ikan kat pasar ke?
No 1, 2 and 3..aku maleh nak jawab..

kenapa tak ada yang tanya....
"kenapa kau couple?'' *ayat bajet suci je en HAHA


Hah, terdiam kau kat situ kang, baru tau!

hurm...
perlu ke kita ada pasangan?
jawapannya: PERLU sebab semua orangkan dijadikan berpasangan...

tapi.....
kenapa single?
percaya atau tidak sebenarnya setiap manusia inginkan rasa disayangi and dihargai...
tak semua perlukan pasangan untuk rasa begitu kerana mereka mungkin ada insan lain yang mampu menyayangi mereka seperti adanya kawan-kawan and family.

maybe ada sebab lain macam:
  • aku single sebab aku dah tak tahu apa yang perlu aku lakukan lagi. Bila aku cintakan pasangan aku dan berikan sepenuh perasaan sayang aku pada dia, dia tinggalkan aku untuk bersama yang lain, dia tak faham tentang aku. Mungkin ada kekurangan pada diri aku dan mungkin kerana aku masih selalu ingatkan dia meskipun dia dah ada yang lain. Oleh itu, aku tak mampu untuk menerima cinta yang lain selagi dia masih ada dalam hati aku...kerana aku takut untuk terus disakiti oleh insan yang aku sayang :)

                                                                 
dan mungkin juga disebabkan..........

  • Aku taknak atau dengan erti kata lainnya tak suka mempermainkan perasaan orang. Hey ladies, its KARMA ok. Kalau kau tak sayangkn seseorang tapi pura2 sayangkan seseorang tu, esok lusa kau pulak nanti dipermainkan. Sape susah? Diri sendiri la kan?


the ConClusiOn is:-
                   Meskipun ada rasa cinta dalam hati, adakalanya perasaan itu sukar untuk kita ucapkan pada pasangan kerana ada masa dan ketika kita sendiri tak tahu bagaimana cara yang sesuai untuk kita buat dia mengerti tentang apa yang kita rasa. Tambahan lagi sekiranya kita masih lagi menyayangi bekas pasangan kita. Adakalanya kita single disebabkan kita pernah menghadapi situasi yang mencabar dalam alam percintaan HAHA. Ingin dicintai TETAPI takut untuk disakiti atau menyakiti insan yang kita cinta. Oleh itu, kita memilih kehidupan single kerana takperlu lagi hati ini melalui perasaan disakiti atau menyakiti kerana selalunya kenangan akan sering hadir dan memberi nafas pada setiap insan yang mengharapkannya....


 pada yang telah ada pasangan,
MOGA ANDA TERUS BERBAHAGIA
 pada yang telah disakiti hatinya,
CINTA ITU TAK AKAN MATI DISINI

setiap memori yang telah berlalu akan selalu ada tersimpan kemas dalam ingatan.....








Oh, ini bukan 100% nurkilan dari aku.

1 comment:

  1. stuju ! ingat cam beli ikan bawal kat pasar gaknye.. :)

    ReplyDelete

tabung

halwa telinga


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com