Friday, May 27, 2011

Boy

Makan bendalah ni sambil cari idea nak blogging pon sodap :)

·        Boy : You are, ABCDEFGHIJK.
·         Girl : What does it mean?
·         Boy : Attractive, Brilliant, Cute, Darling, Elegant, Funny, Gorgeous, Hot.
·         Girl : Aww, sweet. What does IJK mean?
·         Boy : I'm just kidding. :p
·         Girl : LMN.
·         Boy : ????
·         Girl : Lempang Muka Nak?

Haha.... aku dah lupa kat mane aku jumpa dialog kat atas ni. Tapi bagi aku, macam comel je kan? so aku publish kan bendalah ni disini :)




Monday, May 23, 2011

entry kedua dalam sehari


Pernah tak kau fikir kenapa aku jadi macam sekarang? Rawrrrr!!

Sayangku,

Apa yg aku pakai ni, pada hari ini adalah yg dituntut oleh agama, aku tak nak mak ayah aku tanggung dosa kerana aku sebab aku sentiasa doa yg baik untuk mereka setiap kali aku solat, apapun dosa ke pahala, Allah yg tentukan bukan kita yg nak menilai sesama kita, Nabi pun tak buat mcm tu, jadi siapalah kita ni kan, sedangkan Nabi yg tak penah ada dosa pun tak berani nk nilaikan umatnya dari segi dosa dan pahala nie..ada otak, baik fikir dulu before nak keluarkn kata2!!

Hey dear, dengar sini.

let me remind u this, kalau hati tak ikhlas, jangan sesekali buat baik/cuba nak berbaik dengan aku ya. I really hate those hypocrite person.

sebab apa kamu tahu, sebab aku tak nampak langsung keikhlasan tu timbul dripada perbuatan mahupun air muka kamu. Orang cakap, kalau sesorang tu betul2 ikhlas, jauh dihati kita dapat rasa either seseorang tu ikhlas mahupun tidak bilamana dia buat sesuatu ataupun bercakap dengan kita. Kan?

tapi bila dengan kamu. tak pernah aku rasa semua tu. Never!

Aku harap sangat biar doa aku dimakbulkan Allah, biar kau sedar akan kesilapan kau. Ya, aku tahu. Aku juga banyak silap dan aku sedang cuba memperbaiki diri aku sendiri. Aku harap kau mampu ubah behavior kau sebelum peperiksaan besar tu menjelang sebab takkan berkat ilmu yang lecturer bagi once dia dah terasa hati dengan student. Sebab bukan aku saja yang perasan yang lecturer tu asyik sentap je bila kau keluarkan kata2 dalam kelas, tapi kawan2 yang lain jugak perasan. Hope that, kau dapat ubah diri kau sikit demi sikit k.

Aku mintak maaf kalau ade diantara readers aku samada alam maya mahupun reality aku terbaca, tersentap pulak-lah kan, sorry yang amat k.

so kawan reality, aku tau korang ade kelab kipas sendiri kan? HAHA pandai2 la bawak diri dengan kelab kipas korang tu ~Good Luck

kalau kelab kipas korang selalu keluarkan input2 berilmu time dalam kuliah, aku pun sure rasa macam nak join gak la HAHAHA

Saturday, May 14, 2011

EH, TAK SANGKA KO PULAK JADI LAKI AKU!

EH, TAK SANGKA KO PULAK JADI LAKI AKU!


tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku kantoi tak mandi pi kelas pagi tadi. dan ko buzz lagik, dan ko buzz lagik. dan......... okeyh aku buzz balik. ko teros taip, "HOI BUSUK!" dan kita teros berbalah-balah, mengutuk satu sama lain...... sampai ke pagi... hey, ko tau aku sebenarnya tengah gadoh dengan BF aku, tapi dengan gadoh-gadoh dengan ko kat YM aku teros lupa rasa sedih aku...

macam biasa, pukul 11 time aku online. aku online ym, dan...... ko buzz lagik. aku macam seronok jek bergadoh manja-manja dengan ko semalam, maka hari nih aku pon teros layan dan layan dan layan.... sampai lebammm!

masuk hari ketiga, kita bukan sekadar bergadoh malah start share problem each other. mesti laa kau start dulu, sebab aku kan tengah dingin dengan bf aku. aku cerita lah pasal hubungan kiteorang, pasal bergadoh, pasal memujuk.... ko dengar jek, dengan ikhlas hati. sampai pukul 5am ko layan dengar citer aku.

hari keempat pulak, turn ko cerita semua. ko cakap ko malas kapel sebab ko ada sejarah hitam. aku paksa-paksa, ko pon cerita ex ko dulu curang dengan ko! dah laa dia curang dengan kawan baik ko. so, ko rasa malas nak cayer pompuan dahh. ko cerita jugak pasal some of girls who our classmate yang suka kacau-kacau ko. ko cakap, ko bukan tak suka tapi ko belom bersedia...

day-by-day kita dah jadik macam rutin sembang-sembang kat YM. kat kelas kadang-kadang jek kita bertegur sebab kita hanya sama satu kelas. ko pon busy aku pon busy dengan hal aku. kadang-kadang kalo aku atau ko tak online, mesti rasa incomplete gilaa.


satu hari, aku dapat tau bf aku ada orang lain. Miza nama skandal dia.. halaaa, Miza yang hot tuh. yang ko penah citer pasal dia dulu. Miza memang hot, cantik, kulit halus, bergaya, pandai, confident tinggi, etc2. pendek kata miza perfect lah. nak comparekan dengan aku, memang jauh laa bezanya.lama jugak aku bersedih. masa tuh aku tak online. aku menangis. ada dalam seminggu aku macam tuhh. rasa rendah diri beb! lagik pulak, dah laa bf aku cakap sendiri kat aku, dia sayang Miza lebih dari dia sayang aku! sedih kan?

weekend tuh aku online. aku remove bf aku dari fesbuk. dan jugak Miza. okk status dorang in relationship okk! ohh memang bf aku hot, baru seminggu clash dah in relationship. WT............

aku on ym. wahhh, ada banyak message dari ko. tiap-tiap hari ko bagi aku semangat! mana ko tau aku bersedih? terharu you.... tapi no wonder la kan, department kita bukan besar mana. mesti ada orang sok sek punyaa. malunyer aku! mesti semorang tau aku loser... demmm!

5 minit termenung depan skrin, ko buzz. aku tengok jekk. aku rasa malu. malu dengan semorang. tetambah dengan ko. konon-konon citer aku bercinta macam nak gilaa, tetiba......... hermmm.

ko keep on buzz ym aku, sebab aku tau ko nampak aku online kan? tetiba ko cakap, "dina, baik ko buzz aku balik. kalo tak aku kol ko sekarang!" halamakkk, aku tengah nangis nih mana boleh kasik dia kol. aku teros buzz cepat-cepat...

okk habes semua aku citer kat ko. dari A-Z. petang tuh jugak ko bawak aku jalan-jalan kat KLCC. dengan mata bengkak aku, ko try bagi aku gelak! macam-macam lawak ko buat. seryes, i'm tacing beb! tapi...... aku ingat kata-kata ko, ko tak nak berkapel, maka tak boleh laa aku nak ada perasaan lebih-lebih kat ko.

semua maintain macam ni jek. kita still kawan. ko selalu bagi semangat kat aku. bila kita free kita hang out sama-sama. sampai laaa masa kita grad, tak der apa-apa yang berubah. ko dengan aku still kawan.....

----------------------

aku kena posting kat johor, ko pulak sabah. still ym dengan fesbuk penghubung kita. oh yea, aku benci pegang handphone, maka kita memang jarang berhubung melalui telephone.

ko selalu tanya aku, "ada bf baru belom?" aku.... "nanti dulu serik lagik!" aku malas tanya ko sebab ko memang akan jawab, "nak teros kahwen jek!"  okk, fine!

selama tiga tahun, kita tak jumpa. ye laa, hometown ko pahang, aku perak! kalo balik sekali-sekala mesti banyak hal dengan keluarga nak uruskan. memang berhubung dengan cara itu, ym dan fesbuk....

-----------------------------

hari nih 3 syawal. aku tak online dah tiga hari sebab sibuk dengan tetamu, dan kawan-kawan yang berkunjung. tetiba ko text aku, "aku nak ke perak dengan keluarga, ada hal..." aku, "sempat singgah la rumah.." ko balas, "meh address, full address, kalo sempat aku singgah!"sampai malam aku tunggu, nan adooooooo! so, aku tak harap apa-apa laa kan. ko pon cakap KALAU SEMPAT.

4 syawal. wedding kawan aku kat ipoh. aku bangun awal pagi sebab aku janji dengan yang lain nak bertolak dalam pukul 11 pagi. tapi hati aku berdebar-debar. ohhh, nak tengok kawan kawen kot sebab tuh berdebar.... pukul 11 pagi aku pergi... sampai ke malam jugak laa baru balik rumah. biasa la kan lama tak jumpa kengkawan sekolah...

balik rumah malam tuh, ibu, ayah dengan keluarga-keluarga lain tengah duduk kat ruang tamu. aku masuks emua mata pandang aku. aku mula cuakk. aik, takkan sebab aku balik lambat kena marah? aku kan dah besar..... ker baju aku over sangat? lipstik comot? eh, eh kenapa nih??

ibu panggil duduk sebelah ibu. seryes aku cuakk!

ibu: dina, ibu ada benda nak cakap nihhh........ (muka ibi senyum-senyum. tenang jek..)
aku: kenapa ibu? maaflah dina balik lambat, jumpa kawan-kawan seronok bersembang. dina janji dina takkan buat lagikk. (aku gelabah!)

semua tergelakk. kakak aku, abang ipar aku, adik-adik aku. hermmmm....

ibu: bukan tu laa dina. itu ibu paham. lagi pon dina dah besar, ibu tau dina pandai jaga diri...
aku: habes tuh ibu??
ibu: ibu dah terima pinangan seorang tadi untuk dina. dina pon dah lanjut usia, ibu nak anak ibu kahwin, ada keluargaa...
aku: hah? siapa ibu orangnya? ibu...... dina tak nak kawen lagik. dina belom jumpa suami yang baik buat dina lagikk. ibu... please....
ayah: tapi kami dah terima. budak nih cakap dia dah kenal dina 7 tahun dah. takper laa, esok dorang datang lagik nak dengar kata putus dari mulut dina, dina pikir yeaa...
aku: tapi dina berhak untuk tolak kan kalo dina rasa tak sesuai?
ayah: yea dina ada hak. tapi........ dina dah 27. karang lambat-lambat takder saper nak dina..


aku teros naik atas. ohh patot laa aku berdebar-debar. tapi....... siapa ek yang dah kenal aku selama 7 tahun? tah-tah ex aku? ohhhh NO! aku takkan terima diaa.......

aku teros on lappy. bukak ym. tunggu ko online. hermm, takder pulakk! mesti sebuk beraya nih. aku nak message ko citer apa yang terjadi, tapi........... ko mesti sebuk kot kan? hermmmm. so aku teros jek taip aper aku nak cakap.. nanti ko online mesti ko bacaa.. lepas taip-taip teros aku tertidor, penat berjalan seharian kot.

pagi-pagi lagi dah terbau sedap dari dapur. aku mandi, solat dan turun bawah...

"eh along banyak gila ko masak. saper nak datang?"
"kawan aku nak datang kang.. meh-meh tolong aku!"

pukul 9 pagi, makanan semua dah terhidang atas meja. ibu suruh aku tukar baju kurung. aku tak nak sebab aku nak tunjuk muka sememeh aku depan rombongan meminang tu karangg. haaa, baru dia tau betapa hodohnya aku... konpem teros rejek nak kawen dengan aku..

9.30 pagi rombongan pon sampai. ayah aku punyaa nak tunjuk baik, jempot dari depan pagar rumah. sebelum mak aku bangun bersalam mak aku bisik kat aku, "Dina pikir baik-baik. untok masa depan ko jugakk!'' teros ibu bangun dan ke muka pintu.

kakak aku tarik aku ke ruang tamu untuk salam-salam. aku pon bangun. seryes selekeh. aku pakai tshirt labuh kaler hitam, dengan seluar tidor. tudung indon kaler pink. biarkan ko kecewa wahai orang yang pepandai nak masuk meminang. hahaha!

sampai ruang tamu, aku terkedu.. aik, aik asal mamat nih ada sekali? aku salam semua pompuan-pompuan yang ada kat situ teros aku duduk sebelah ko. "amir, ko datang salah time laa. sekarang tetamu ayah aku tengah ramai. jom pergi dapur, kita makan-makan! kesian ko datang dari jauh.."

semua orang pandang aku... tetiba ayan aku bersuara....

"aik, kata tak nak terima, tuh dah ajak pi dapur makan-makan ape cer?

aku? haaaa?

"amir ko dah gilaa? ko jangan main-main amir. ko kenal aku macam mana kan? nih bukan hal kecik-kecik amir. ini seryes!"

amir: pasal aku kenal ko laa aku buat macam nihh. aku seryes dina! believe me....

aku............ teros nangis, dan............ yeah, i accept him tapi...... malu-malu!

------------------------

AMIR ZAQUAN:

sebenarnya kan.......... aku dah suka ko sejak kita sama kelas! tapi aku tak tau nak sembang aper. lucky ko approve aku jadik member ko kat fesbuk and ym. kebetulan ko kantoi tak mandi depan aku... memang aku senyum-senyum sepanjang hari tak sabar nak bahan ko sebab by that way baru aku ada point nak sembang dengan ko. hehehe~

masa ko citer pasal bf ko, aku sebenarnya jelesss. sebab tuh aku balas lambat. ko cakap aku sabae mendengar kan? sebenarnya takk, aku dok tahan hati... kalo aku balas on-the-spot wajib kantoi aku jeles. hehe..

kebetulan pulak bf ko bagi chance kat aku by dua kan ko! masa tuh aku sedih laa tengok ko sedih. tapi...... separuh hati aku dah nampak peluang aku cerahh...... yeahha!

kenapa lambat sangat kan aku take action? sebab.... aku nak tengok sejauh mana ko boleh lupakan bf ko. sejauh mana ko perlukan aku. tapi bila dah tiap-tiap hari ko mesti chat dengan aku, okk i think i mean a lot for you! kan?

and........ aku penah dikecewakan, maka..... i'm sick of couple. aku nak kawen teros! i told you earlier kan? so, sekarang aku dah try. cuak tau time baca kat ym tuh ko nak rejekk orang tuh.. tapi......lucky ko accept jugak aku! jom la kawen, jom laa kawen... cepat-cepat tau sayang... I LOVE YOU!

---------------------------------

FARAH MEDINA:

aku kan, aku kan............ okeyh, aku dah tersuka kat ko since ko hiburkan aku kat klcc time aku putus! hahaha. tapi.... ko kan laki, takkan aku nak start dulu kan? so, diam-diam sudahhh.

cakap panjang tak laratt......... so, I LOVE YOU TOO.... kawen? SABARLAA SAYANGG. opp!

-----------------------------------

just few days left. cuti sekolah nih kiteorang bakal berkahwin! yeahhaaaa........................ eh, eh nak panggil dia aper eh? hermmm.

- - -  - - - - - - - END - - - - - - - - - -

wajib ler cerita tipuuu..................... grrrrrr~ (takder kena-mengena dengan yang mati ataupon yang masih hidop!)

moral: kita tak tau kan saper jodoh kitaa.. tapi dah ditentukann... so.. jangan ler cinta kat pasangan kita lebih-lebih sangat.. yang still berkepel lerr... nak cakap lebih-lebih aku pon lebih kurang jek. sama-sama laa bermuhasabahh eh! peace:)

*hak cipta terpelihara: AISHA SAAD*


Ni entry aku kopipes dari FB seorang sahabat :)

Wednesday, May 4, 2011

Awak :(


You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can I forget all that
You are the one who make me smile
You'll always be a part of me
How I wish You were still mine :(

Never will forget the day
How we have met and came this far
We all know we got this feeling
But somehow it has to end up here

I know it's me who say good bye
And thats the hardest thing to do
Cause You mean so much to me
And guide the truth from me to You

For all the things I've done and said
For all the hurt that I've caused You
I hope You will forgive me baby
Cause that wasn't what I meant to do



"Kadangkala saya berharap sangat awk mengerti hati dan perasaan saya walaupun sedikit"


Tuesday, May 3, 2011

Conflict Of Emotion


Tinggalkan kepayahan.
Buang segala penderitaan.
Senyuman sahaja kekal untuk masa hadapan.
Ternyata, diri masih lagi manusia dingin yang punya perasaan~ Zara

Kekadang serasa ingin mahu menangis tapi aku perlu keraskan hati
Kekadang serasa ingin mahu menjerit tapi mulut tak dapat keluarkan suara
Kekadang serasa ingin berlari jauh tapi akal waras cepat menghalang

Oh, Tuhan..

Adakah aku bakal gagal lagi buat kali ini?
Kenapa kau uji?
Kenapa kau uji?

Dimana silap aku?
Siapa yang boleh tunjukkan aku jalan?
Aku tak cukup baik?
Aku tak cukup cantik?- sila muntah!

Ah, banyak benar persoalan.

Aku bukan apa, aku cuma perlukan secebis semangat
Jika tidak ada yang senang, sila undurkan diri
Aku tidak marah
Tapi,
Jangan tinggalkan aku tanpa kata dan penjelasan


AKU CUMA TAK CUKUP KUAT UNTUK HADAPINYA BERSEORANGAN
AKU PERLUKAN TEMAN



Monday, May 2, 2011

Ada Sinar Baru

Dengan lafaz Bismillah..

Aku mulakan hari aku dengan senyuman yang tak lekang di bibir.


Usai solat aku selalu berdoa

Selain mintak ampun dari DIA, 
Mohon diberi nikmat kesejahteraan, kesihatan n kebahagiaan keluarga aku,
Aku juga mohon agar kebahagiaan yang aku miliki hari ini,
Biarlah ianya berkekalan atau berpanjangan.

Aku tak mahu kehilangan orang yang baru hadir dalam hidup aku.
Aku tahu, aku tidak sebaik dia. 
Namun aku harap, Tuhan bukakan pintu hati dia untuk aku.

Aku perlukan dia.
Tapi aku malu nak cakap.
Aku perlukan seseorang yang seperti dia salam hidup aku.
Aku perlukan seseorang untuk jadi pembakar semangat buat aku. :)

Aku betul2 tak tahu kenapa aku suka dengan si dia.
Mungkin aku tertarik dengan perwatakan si dia.
Mungkin jugak aku tertarik dengan si dia sebab si dia suka berkongsi pendapat dengan aku. Mungkin >,<
Ah, alasan yang tak munasabah bukan?

Si dia suka senyum bilamana dia dengan aku.
Manis betul senyuman dia. Macam gula2 kapas.

Tapi percaya la,
Kalau sesiapa saja tanya pada aku kenapa aku suka sama dia,
Aku pasti akan bagi jawapan yang tak memuaskan hati.
Sebab aku tak tahu kenapa aku suka dia.
Dan aku taknak sesekali kehilangan dia.

Tuhan,
Tolong jangan beri aku ujian yang tak mampu aku tanggung lagi.
Aku tak mahu gagal lagi buat kali ni.
Aku tak mahu ada yang merampas lagi seperti suatu ketika dahulu.
Beri-lah peluang pada aku Ya Tuhan.

Insyaallah aku akan gunakan sebaiknya jika kau bagi aku kesempatan itu :)

Antara aku dan dia, 
aku yang mulakan langkah pertama >,<

tabung

halwa telinga


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com