Aku mulakan hari aku dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Usai solat aku selalu berdoa
Selain mintak ampun dari DIA,
Mohon diberi nikmat kesejahteraan, kesihatan n kebahagiaan keluarga aku,
Aku juga mohon agar kebahagiaan yang aku miliki hari ini,
Biarlah ianya berkekalan atau berpanjangan.
Aku tak mahu kehilangan orang yang baru hadir dalam hidup aku.
Aku tahu, aku tidak sebaik dia.
Namun aku harap, Tuhan bukakan pintu hati dia untuk aku.
Aku perlukan dia.
Tapi aku malu nak cakap.
Aku perlukan seseorang yang seperti dia salam hidup aku.
Aku perlukan seseorang untuk jadi pembakar semangat buat aku. :)
Aku betul2 tak tahu kenapa aku suka dengan si dia.
Mungkin aku tertarik dengan perwatakan si dia.
Mungkin jugak aku tertarik dengan si dia sebab si dia suka berkongsi pendapat dengan aku. Mungkin >,<
Ah, alasan yang tak munasabah bukan?
Si dia suka senyum bilamana dia dengan aku.
Manis betul senyuman dia. Macam gula2 kapas.
Tapi percaya la,
Kalau sesiapa saja tanya pada aku kenapa aku suka sama dia,
Aku pasti akan bagi jawapan yang tak memuaskan hati.
Sebab aku tak tahu kenapa aku suka dia.
Dan aku taknak sesekali kehilangan dia.
Tuhan,
Tolong jangan beri aku ujian yang tak mampu aku tanggung lagi.
Aku tak mahu gagal lagi buat kali ni.
Aku tak mahu ada yang merampas lagi seperti suatu ketika dahulu.
Beri-lah peluang pada aku Ya Tuhan.
Insyaallah aku akan gunakan sebaiknya jika kau bagi aku kesempatan itu :)
Antara aku dan dia,
aku yang mulakan langkah pertama >,<
No comments:
Post a Comment