Monday, December 10, 2012

Maaf sangat sangat sangat sesangat sangatnya :(

Assalamualaikum


"I hope so"

Andai marah kamu datang dariku
Aku cuma mampu ucap maaf
Andai aku kusutkan hidupmu
Aku cuma mampu ucap maaf
Andai aku lancang berbicara tanpa sempat berfikir akibatnya
Aku cuma mampu ucap maaf
Andai aku khilaf mentafsir
Aku juga hanya mampu ucap maaf

Maafkan aku :'(

entry dah jadi tempoyak basi

assalamualaikum..


"The most terrible poverty is loneliness, and the feeling of being unloved"

and now, am alone.

yeah, alone.
cuba untuk berdiri sendiri.

sehabis baik sudah aku cuba jaga apa saja yang aku hold selama ini.
sehabis baik sudah aku cuba juga jaga kesabaran dihati.

-------------------------------------

kenapa kita sedih?
sebab hati kita sebak.
kenapa hati kita sebak?
sebab hati kita dilukai oleh orang yang kita sayangi.
siapa orang yang kita sayang?
orang yang selalu buat kita rasa gembira.
sapa orang yang buat kita gembira?
orang yang sama melukakan hati kita.

dan, dan, dan..

kepada insan itu,

maaf andai diri ini banyak silap
maaf andai diri ini selalu lupa segala benda
maaf andai diri ini pernah menyakiti diri kamu
maaf andai diri ini selalu cambahkan rasa benci dihati kamu
dan maaf juga andai diri ini selalu menyusahkan diri kamu

diharap kamu selalulah berbahagia
selalulah berbahagia disamping keluarga kamu



Wednesday, October 3, 2012

what was MINE is NOT anymore :(



ah, ia tetap sakit.
tak kira kau describe dengan perkataan apa sekalipun.

aku mahu rehat.
ya.
aku perlu rehat.

rehat yang panjang.
sebelum peperiksaan itu datang.
aku perlu tenangkan hati.
rehatkan minda.


aku cuba untuk lari.

lari?
lari dari apa?

tak boleh terima kenyataan?

*ketawa* :'D

aku cuba.
bukan aku tidak cuba.
dan aku akan terus cuba untuk terima hakikat ini.

selalu seru semangat untuk datang dalam diri.
kuatkan hati.
yeahh. insyaallah.

doakan aku.



Tuesday, October 2, 2012

Harapan



aku berharap agar suatu hari nanti masih ada harapan.

tapi,

bila agaknya ya?
bila dia sudah pergi? adakah dia akan kembali?

aku yang selepas tidak akan sama seperti aku yang sebelumnya.

aku mungkin menjadi orang baru selepas ini.

berubah kepada yang lebih baik. pasti.

tapi,

aku nak jadi diri aku yang dulu.
seorang yang penyabar.
seorang yang bersikap formal kepada semua.
layan semua orang sama rata.
tak ada lebih dan tak ada yang kurang.
juga seorang yang keras hati. mungkin.

ah,
setelah apa yang berlaku.
tidak akan sama.

aku mahu kuat.
aku tak mahu rebah.
aku tak mahu tesungkur :'(

tak akan ada pengganti.
kalau ada sekalipun, ia tidak akan sama.

selamanya begitu.

selamanya :'(


~ biar aku sahaja yang mengerti apa yang aku coretkan.

Rindu


Assalamualaikum...

Ah, tiba2 saja aku rindu suasana di Pulau Pangkor
rindu pada pantai, rindu pada orang kampung kat sana yang peramah

ahh, rindunyaa..

ok, aku tipu.

yang sebetulnya aku rindukan seseorang.

tapi rindu aku kali ini agak mustahil untuk diubati, kerana orang yang aku rindui dah tinggalkan aku.
aku terima seadanya apa yang Allah dah tetapkan buat aku.
aku terima :'(

sakit.
sangat sakit.
tapi aku tak mampu berbuat apa2.

maaf, kalau entry ini kamu rasa seperti entry sampah.
tapi aku cuma nyatakan apa yang aku rasa.
apa yang ada dalam hati.

sekian.
maaf dari aku untuk semua.

:'(

wahai angin malam,
sampaikan rindu aku kepada dia yang jauh nun disana :'(





Friday, August 31, 2012

Entry takde tajuk


Assalamualaikum,
hi there...

dah lama aku tak mengarang disini..
oh ye ye. lupa aku nak bagitau. aku dah grad dah. Alhamdulillah.

aku nak ucapkan selamat hari kemerdekaan buat seluruh rakyat malaysia.

actually, entry kali ni entah hape2 sikit. banyak mengarut. sebab aku tiba2 je teringat pasai blog ni yang telah lama kekurangan kasih sayang dari aku, jadi aku belai la sikit dengan bagi entry baru. entry dalam draft banyak je yang belum publish, banyak sangat entry jiwa2. malas la nak publish. kang orang cakap aku ni minah jiwang plak >,<

so, grad dah lepas, puasa dah lepas, rasa dah lepas, merdeka pun akan lepas tapi tapi tapi. hurm. aku still belum dapat kerja lagi. aduhai, takda lagi rezeki aku nampaknya. resume dah banyak yang hantar tapi satu respon pun takdak. aiyaa.

belajar pun stress. duk umah goyang kaki makan tidur pun lagi stress baq hang HAHA.

takpa la, nanti ade la tu rezeki aku. Insyaallah. kalau nanti dah dpt result MUET, aku terus sambung belajar je la, takyah keje, belajor je sampei termuntah ekeke..

ok lah, takda apa sangat yang aku nak garapkan dalam entry ni. idea pun kering lepas abis belajar ni. take care semua and have a bless day :)

with love,
Sammy

Friday, June 29, 2012

tentang awak, saya dan kita


assalamualaikum,

awak,
apa khabar awak kat sana?
awak sihat?
belajar macam mana?
awak dah makan?

*senyum manis*

awak,
biasanya itulah soalan lazim yang selalu saya tanya pada awak kalau awak contact saya kan?
tak kira la melalui mesej, call, facebook etc..
memang soalan bosan tu yang saya akan tanya pada awal selalunya..
tapi sebenarnya,
jauh disudut hati saya, saya sangat merindui diri awak..
tapi saya tau awak faham akan diri saya, saya tahu awak dah cukup kenal saya bagaimana..
jadi, tak perlulah saya ucapkannya disini
private kan? hehe *senyum manis*

Arsyad, saya sangat suka dengan nama tu
hujung nama awak ada Arsyad,
bagi saya, ianya sangat comel..
haha, entah la awak, bagi saya,
apa saja yang ada pada awak semuanya kelihatan comel dimata saya,
semuanya kelihatan comel dihati saya,

awak nakal,
pandai menyakat, selalu saya je yang kena dengan awak,
sampaikan takda peluang langsung untuk saya kenakan awak balik.. >,<
sampaikan nak jadi gaduh pun ade hehe
tapi takpa, setiap gurauan itu membuatkan kita akan lebih mengenali antara satu sama lain kan?

dan lagi,
bila kita jadi anjing dan kucing dalam sekelip mata,
tak kira la siapa yang mulakan dulu,
samada awak mahupun saya,
bila dah gaduh bukan main marah, bukan main lagi geram,
tapi tak sampai 24jam masing2 dah gelisah,
rindu nak berbaik semula
tapi ego masing2 masyaallah, tinggi melangit hahaha.. kan awak kan?

dan bagi saya, itu juga satu perkara yang agak comel :)

bila kita gaduh, setiap kali gaduh, saya makin kenal diri awak, dan itu yang membuatkan saya bertambah sayang dengan diri awak.

dan awak juga seorang lelaki bercermin mata,
tapi jarang pakai cermin mata,
awak kata 'mcm pakcik tua' hahaha
masa tu saya gelak besar, tapi bagi saya ok je sebab saya suka orang bercermin mata

nak tahu kenapa? sebab orang seperti ini ada dua identiti,
bila dia pakai cermin mata dia jadi lain, bila dia tak bercermin mata dia nampak lain..
tak percaya try awak test depan cermin :D

saya tak tahu nak cakap ape dah,
kalau nak terangkan kenapa saya sayangkan awak buat masa sekarang,
saya rasa lapanbelas pages pub belum tentu saya dapat describe betapa saya terlalu sayangkan awak :)

terima kasih awak,
terima kasih sangat2..
much love

~SAMMY

Wednesday, June 27, 2012

sudah 1 tahun :)


awak dah cerikan hari2 saya, terima kasih

assalamualaikum,

awak,
nak tahu tak?
kenal dengan awak buatkan hari2 saya rasa sangat indah..
kenal dengan awak buatkan saya belajar erti kasih sayang..
kenal dengan awak buatkan saya makin sayang dengan diri saya sendiri..
kenal dengan awak buatkan saya makin menghargai apa itu perasaan anugerah Allah..

awak,
nak tahu tak?
saya dah buang semua kenangan saya yang dulu..
saya nak mulakan hidup baru bersama awak..
saya nak awak didik saya jadi insan yang terbaik..
walaupun saya tahu kita sama2 banyak yang kurang,
tapi saya harap, saya dapat penuhi kekurangan awak dan awak jugak dapat penuhi kekurangan saya..

kita sama2 terima kekurangan dan kelebihan diri masing2..
2tahun saya ambil masa untuk kenal diri awak..
1tahun dah kita kongsi perasaan ini sama2 kan?
dan saya harap kali ini saya dah betul2 faham awak..

Alhamdulillah, saya sangat bahagia..
tak pernah walaupun sehari saya rasa bosan dengan diri awak..
tak pernah walaupun sehari saya rasa jemu nak layan kerenah awak..
tak pernah pun awak...tak pernah..

saya sangat bersyukur pada Allah sebab pertemukan awak dengan saya,
walaupun lambat, tapi takpa, saya tetap bersyukur..

awak selalu ada bilamana saya susah hati :')
awak selalu ada bilamana saya tengah marah :')
awak selalu ada bilamana saya sakit :')
awak selalu ada bilamana saya sangat2 perlukan awak :')

awak, terima kasih,
dah 1tahun pun,
terima kasih kerana degil dengan sikap saya

awak marah saya,
saya dengar,
awak nasihat saya pun,
saya dengar,

bila saya marah awak,
awak pujuk,
awak tak lari dari saya, awak sabar dengan saya..
terima kasih sayang

bila awak marah,
saya pulak yang pujuk..
hehe, time tu saya rasa awak lah yang paling comel yang penah saya kenal.
bila awak merajuk,
sumpah comel..
rasa nak cubit2 je..

saya harap,
apa yang kita impikan bersama selama ini jadi kenyataan,
siang malam saya berdoa untu kesejahteraan awak disana,
siang malam saya berdoa untuk kejayaan awak,
siang malam saya support awak.

awak,
terima kasih untuk semua yang kita dah kongsi bersama :')


Wednesday, June 20, 2012

senyumlah :)


tersenyumlah walaupun dirimu disakiti, walaupun hatimu dilukai :')


hati orang yang sakit/sedih, tak pernah satu saat pun lupa, tapi dia senyum supaya, dia boleh kata pada diri sendiri yang dia okay :)



Wednesday, May 2, 2012

Saya nak awak tahu..



Saya nak awak tahu...

Kalau suatu hari awak ada masalah, awak beritahu pada saya...
Saya tak janji saya nak bagi penyelesaian tapi awak boleh kongsi dengan saya, kita selesaikannya bersama :)

Kalau suatu hari awak sedih, awak beritahu pada saya...
Saya tak janji saya boleh hilangkan kesedihan awak tapi awak boleh kongsi kesedihan itu dan saya akan cuba ceriakan awak :)

Kalau suatu hari awak ada rasa nak marah, awak beritahu pada saya...
Saya tak janji dapat sejukkan hati awak tapi awak boleh lepaskan marah awak pada saya biar awak berasa lega :)

Kalau suatu hari awak ada rasa ragu ragu, awak beritahu pada saya..
Saya tak janji dapat buatkan keputusan bagi pihak awak tapi saya boleh guide awak ke jalan yang betul :)

Kalau suatu hari awak ada rasa bosan, awak beritahu pada saya...
Saya tak janji dapat gembirakan awak tapi saya boleh bantu awak untuk hilangkan rasa bosan itu, tak kira apa saja :)

Kalau suatu hari awak rasa tertekan, awak beritahu pada saya..
Saya tak janji dapat selesaikan masalah awak tapi awak boleh mengadu pada saya untuk kurangkan rasa tertekan itu :)

Tapi,

Kalau saya berada ditempat awak dan awak berada ditempat saya,
Sudikah awak lakukan perkara yang sama sepertimana saya akan lakukan pada awak?

Awak,
Senyum la selalu,
Sebab bila awak senyum,
Awak kelihatan sangat indah dimata saya,
Sebaik baik ciptaan Allah yang Allah dah anugerahkan kepada saya.

Terima kasih.


Wordless Wednesday #4


sometimes saya harap sangat saya boleh google apa yang awak rasa..

Saturday, April 7, 2012

maaf


♥ maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
♥ maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..
memaafkan itu lebih baik dripada berdendam..kerana dendam itu hanya menambah menyakitan hati yang telah disakiti..



:')

lelaki :)


kamu yang bernama lelaki,
lahirmu disini sbg seorang pemimpin,
lahirmu jua untuk melindung yang lain..

janganlah engkau pesongkan amanah yang telah diberikan,
... janganlah engkau abaikan tanggungjawab yang diserahkan,
jangan engkau khianati kepercayaan yg telah diucap,
dan jangan sesekali engkau abaikan janji yang telah dilafazkan,

jadilah seorang lelaki yang beriman,
jadilah seorang pemimpin yang adil,
dan jadilah kau perlindung kpd yg perlukan perlindunganmu,

berbanggalah kerana kamu dilahirkan utk menjadi pemimpin,
beruntunglah kamu kerana dipilih untuk melindungi wanita... (^^,)

Friday, April 6, 2012

hide and seek


hide and seek..
can we play that game?
:'(

Monday, March 26, 2012

terima kasih :')

sometimes, its better to be left alone kan? :'(

Salam, how are u people? :)

hurmm, dah lama aku tak menulis disini, maaf
kat sini aku nak cakap, aku dah abis study nursing.. Alhamdulillah

bulan 6 nanti aku nak amik exam LJM
semua, doakan aku ya :)

aku sebenarnya tidak lah dalam keadaan gembira tatkala menulis entry kali ini
tapi yeah, hidup kena ceria2 la bebeyh.. :'(

hurm, 17 march yang lalu befday aku, alhamdulillah, umur dah semakin meningkat, dah boleh mengundi dah pong hehehe..
banyak jugak dapat wishes dari sahabat semua, ade jugak dapat befday present dari seseorang. Thanks awak ^_^

aku tak cukup gigih lagi nak print screen wishes yang super banyak kat fb tu..yeah, itukan salah satu cara untuk aku ucapkan terima kasih pada semua.
nak jumpa sorang2 untuk belanja roti canai sebagai tanda terima kasih memang tak mampu hehe..
nanti la aku buat special entry pasal tu. :)

hurmm, apesal la banyak sangat mengeluh sejak semalam ni? alahai..
tak mampu nak tanggung tapi hati tetap kena kuat.

takpe la, mungkin esok2 ok la ni agaknya :|

aku mahu undur diri,
maaf jika ade silap,
dan terima kasih untuk semua :')

salam sayang :')

Thursday, January 26, 2012

Buat Dirimu - Bakal Pemilik Rusuk Kiri



Khas buat insan yang akan menemani ku hingga ke akhirnya yang bergelar suami;
Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
Insya Allah…

Aku akan berhias tuk dirimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
Insya Allah…

Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
Insya Allah…

Tapi…berjanjilah untuk membawa aku bersamamu menuju Syurga
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…
Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…
Insya Allah…



Dari kata hati seorang wanita :

Tak minta yang SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…

Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…

Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…

Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.

sumber: disini

Monday, January 16, 2012

boleh ke?

Assalamualaikum...hello there :)


duhai pemilik rusuk kiri..

saya cuma nak tahu,
boleh awak bimbing saya bila dah sampai waktu?
boleh awak jadi imam untuk solat saya nanti?
boleh awak ajar saya mengaji al-quran setiap kali kita selesai solat?

awak,
saya sayang awak sangat,
dan saya tahu awak pun macam tu juga,
kita masing2 ade kekurangan dan kelebihan bukan?
saya harap, kita mampu saling melengkapi antara satu sama lain bila sudah tiba waktu yang sesuai nanti :)

awak jauh dari saya,
saya tak nampak depan mata,
tapi saya dapat rasakan awak selalu disisi saya,
bilamana saya perlukan awak,

saya jugak cuba untuk jadi yang terbaik buat awak,
thanks awak, sebab sabar dengan kerenah saya :')

minggu ni minggu exam awak,
saya harap awak dapat buat yang terbaik,
saya tau, 
nak jadi yang terbaik bukan mudah,
tapi saya disini sedia bagi semangat pada awak bila awk perlukan :)




~ menulis bukan kerna nama, tapi punyai rasa ^_^

Friday, January 6, 2012

hati menangis saat ini :'(



ari ni, saat ini, kat dalam bilik..
aku rasa nak menangis sangat2..
mungkin aku sedih,
mungkin aku stress dengan kehidupan
mungkin juga aku tidak tahan dengan tekanan dan dugaan

selama aku dengan kau, 6 bulan lamanya..
kenapa ada orang tak suka dengan perhubungan kita?
kenapa ada orang cuba untuk jatuhkan kita?
kenapa ada orang buat fitnah untuk ciptakan pergaduhan antara kita?
kenapa?

untuk uji kesetiaan?
untuk uji sejauh mana kasih sayang?
untuk uji apa itu kejujuran?
*muntah*

tak cukupkah dengan apa yang telah aku cuba tonjolkan?
kenapa masih ada yang datang sebagai ujian buat kita?

aku cuba untuk kuat, cuba untuk faham dan berfikiran positif,
tapi aku cuma manusia biasa
yang punya perasan
yang bilamana orang lukakan perasaannya, dia akan menangis

oh, sesungguhnya menangis itu terapi minda dan juga salah satu cara aku meluah rasa

arh, sudah la..aku anggap saja ini semua ketentuan,
DIA datangkan ujian buat aku supaya aku lebih kuat dah tabah *senyum kelat*
semoga lepas ni semuanya baik baik saja

salam dan terima kasih buat kalian yang sudi membaca :')

Sunday, January 1, 2012

1st entry tahun 2012

awak,
lagu ini untuk awak
awak yang satu satunya dihati saya


terima lagu ini ok :)



ku ingin kau tahu, ku ingin kau selalu
dekat denganmu setiap hariku
sudahkah kau yakin untuk mencintaiku
ku ingin hanya satu tuk selamanya
ku tak melihat dari sisi sempurnamu
tak peduli kelemahanmu
yang ada aku jatuh cinta karena hatimu
cintaku tak pernah memandang siapa kamu
tak pernah menginginkan kamu lebih
dari apa adanya dirimu selalu
cintaku terasa sempurna karena hatimu
selalu menerima kekuranganku
sungguh indah cintaku
sudahkah kau yakin untuk mencintaiku
ku ingin hanya satu tuk selamanya
ku tak (ku tak) melihat dari sisi sempurnamu
tak peduli kelemahanmu
yang ada aku jatuh cinta karena hatimu
cintaku tak pernah memandang siapa kamu
tak pernah menginginkan kamu lebih
dari apa adanya dirimu selalu
cintaku terasa sempurna karena hatimu
selalu menerima kekuranganku
sungguh indah cintaku, cintaku
cintaku tak pernah memandang siapa kamu
tak pernah menginginkan kamu lebih
dari apa adanya dirimu selalu
cintaku terasa sempurna karena hatimu
selalu menerima kekuranganku
sungguh indah cintaku
sungguh indah cintaku, indah cintaku

thanks, for everything :)

tabung

halwa telinga


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com