Monday, February 28, 2011

salah ke?

Assalamualaikum..


:) Aku hanya mampu tersenyum bilamana orang sudah mula salah faham dengan entry aku yang lepas.


Errr..Salah ke antara aku dan dia cuma kawan?

Niat aku nak buat entry tentang lagu itu serta merta terbantut n bertukar 360 darjah ke entry yang ini bilamana ade seseorang sudah mula salah faham.

Aduh..dunia, jangan la cepat sangat buat spekulasi yang entah apa2. Nasib baik kau tanya pada aku sendiri, kalau kau buat telahan sendiri? hah..lagi la haru.

FYI, aku takkan sesekali akan lukakan hati kaum sejenis dengan aku ok. Aku masih punya hati dan perasaan, aku juga masih punya harga diri.

aku tak sekejam itu

Cuma satu aku nak tanya pada kau..

SALAH KE KALAU AKU DAN DIA TERUS BERKAWAN?

Sunday, February 27, 2011

kawan dengan this guy besh yang amat :)

Assalamualaikum..hello there world.. eceh..macam anwar hadi pon hado ni ha heheheheh

ni nak kongsi sesuatu boleh?

Aku dapat kawan baru wohh..kawan dengan dia besh sangat, dia suka kongsi masalah, suka buat lawak dan aku sangat happy bila aku borak2 dengan dia. Hilang segala masalah yang melanda dalam diri bila borak2 dengan dia..

And and and yang penting!... befday dia sama date dengan aku wohhh hahahaha besh besh besh..


Actually this guy dah berpunya n dia tak kisah pon kitorang berkawan.. Tak macam sesetengah guy yang lain bila dah berpunya aja, there is no time for another girl, sombong.. Oh peh-lis lah..

Sesetengah perempuan just nak berkawan sekadar nak kongsi2 masalah aja, bukan untuk merampas or dirampas wat-so-ever lah kan..

Macam ade sorang budak anon mane tah, aku just being nice je dengan balak dia, dah balak dia tnya aku soalan..takkan la aku nak buat sombong pulak kan? so jawab la soalan..
sekali minah anon ni dapat detect aku just borak2 kosong aje dengan balak dia terus je dia marah2 n boom2 aku.. watdehel la sis? Aku bukannya haprak sangat la nak kat balak kau (@#$%&*@#$%)

Oh..ok2..balik pada tajuk asal..tak pasal2, kisah budak anon pulak jadik bahan kat sini, ciskek betol la >,<

kalau awak boleh ada untuk saya, saya juga boleh ada bila awak perlukan saya >,<

Kepada Awak,
Terima kasih sebab sudi jadi kawan saya
Terima kasih sebab boleh gurau2 dengan saya
Terima kasih sebab selalu ketawa bila awk borak2 dengan saya
Terima kasih sebab kenal dengan awak, hilang segala masalah dalam kepala hotak saya ni haa
Terima kasih sebab nasihat kat saya
Terima kasih sebab awak dulu yang add saya kat "situ" hehehehehehe

Dan saya harap
Awak boleh sabar dengan apa yang berlaku
Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya >,<
Cuba untuk terima Dia seadanya ya :)
Oweys Chill oke ;p
Dan kalau awak view blog saya, ^_^ terima kasih...seperti yang dijanjikan, harap tak ada sapa2 yang salah faham ya


Jom View video ni..








And for you!!! yeah!! ORANG yang berlagak bagos! 
Kau cakap aku backstabbers, kau lagi berganda backstabbers dari aku la weyh.. Pengkhianat terbesor la kau! hahahah
Aku sarankan kau klik je la butang pangkah yang hujung belah kanan tu ya ^_^ tengkiu yang amat!

silap siapa?


Apesal eyh? muka kau cantik, kau manusia yang cukup sifat, kau cantik+indah (lah konon) dipandangan mata. Tapi kenapa sifat keperibadian kau tak secantik muka kau? tak seindah nama yang mak bapak kau bagi pada kau? Kesian btol mak bapak yang dapat anak macam kau.

Apa silap diorg agaknya ya? 


Moga2 Tuhan bukakkan pintu hati kau

dan dan dan.. kau tak punya hak untuk menentukan kebahagiaan aku dan juga dosa pahala aku.

Sunday, February 20, 2011

Andai lelaki tahu

 [aku akan gembira kalau kau juga tahu apa yag aku rasa]

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2

Entry dari Si Cantik Manis

Menahan Perasaan Itu Sakit Ke?

[Gambar : Ada orang kata, menyayangi diri sendiri itu terlampau menyedihkan seperti insan yang tidak punya apa-apa. Maaflah, kau mungkin salah.]

Kawan : Sakitkan bila kita suka seorang tu, tapi dia tak tahu.
Aku : Entahlah.
Kawan : Kau pernah rasa macam tu?
Aku : (ketawa) Perasaan aku bertebaran bagaikan debunga, jadi aku sendiri tidak tahu apakah aku masih punya perasaan tersendiri atau tidak.
Kawan : Mungkinkah kau ada sukakan seseorang?
Aku : (ketawa) Aku sukakan diri aku. 
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab tiada orang yang akan sayang dan suka diri aku macam aku sayang diri aku, mungkin.
Kawan : Kau cuma belum jumpa yang sesuai.
Aku : (ketawa) Itu kenyataan yang membosankan. Orang asyik cakap benda yang sama, walaupun ternyata menyukai diri sendiri adalah motivasi terbaik buat diri.
Kawan : Aku selalu sukakan orang walaupun orang tak suka aku.
Aku : Dan kau boleh tahan?
Kawan : Tak boleh. Jadi, bila aku rasa suka dan rasa suka itu tidak berbalas, aku akan larikan diri dan menyukai seseorang yang lain.
Aku : Ternyata sebab itu kau tak berjaya lagi.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kau tak yakin dengan diri sendiri. Kalau kau yakin kau suka, mesti kau dah buat sesuatu kan?
Kawan : (ketawa) Mungkinlah. Aku takut dengan apa yang akan terjadi.
Aku : Siapa yang tak takut dengan masa depan? Sesuatu yang tidak pasti tetapi tetap akan ditempuhi.
Kawan : Benar, jadi aku cuba untuk jadi lebih berani.
Aku : Maksudnya?
Kawan : Berusaha mendapatkan sesuatu yang aku suka.
Aku : Ah! Sudah ada calon baru nampaknya.
Kawan : (ketawa) Pilihan keluarga, aku ikutkan sahaja.
Aku : Hebat!
Kawan : Asalkan keluarga aku tersenyum gembira, itu dah cukup bermakna.
Aku : Kegembiraan mereka dan kegembiraan kau mesti sekata.
Kawan : InsyaALLAH.

Sunday, February 13, 2011

kendong baby banyak kali

aku takde DSLR nak amik gambo cantik2

Assalamualaikum, hello preety gedik girls and handsome good boys sekalian.

Ok, entry kali ni sebenarnya aku karang masa aku kat dalam wad. Yes, tengah duty. Aku karang dalam kertas, jadi bila balik umah, tinggal type balik dalam belog aje la en.



masih ade 45 minit lagi sebelum waktu rehat aku tiba dan aku tersangat lah bosan

Tak de apa2 yang sangat istimewa pon dalam entry kali ni. Kalu tak suka, boleh terjah blog lain, dan kalau tak keberatan nak baca, just keep on baca belog hini hookay?

Aku cuma nak ceritakan pengalaman hidup seorang manusia yang menyesal amik bidang kejururawatan yang bosanbest yang boleh menyebabkan satu hari nanti boleh membuatkan manusia ni berbangga atau berduka lara kerana tak minat sangat kos nie >,< *hanya perjalanan hidup utk hari ini saje*

Aktiviti aku ari ni, datang pagi2 pukul 0700H masuk duty kat wad, buat bed making. Lepas siap buat bed making, kemas2 unit, lepas amik temperature segala. Aku duduk melangut. Menung sorang2. Takde apa nak buat dah sebab semuanya dah tip top. 

Oh, rutin ini sangat menyeronokBOSANkan sangat2. Setiap ari buat benda yang sama aje. Aku dapat kubikal Antenatal Mother which is mak mak yang ade masalah besor time mengandung and di admitkan ke wad atas sebab2 tertentu which is yang high risk pregnant mother contohnya macam diabetic, high blood presure or placenta previa. Placenta previa ni macam uri dia menghadap ke permukaan serviks which is sangat2 bahaya n anytime aje boleh dapat complication pada mak mak ni tadi such as tiba2 bleeding or what-so-ever.

So, student2 yang terpaksa jaga bahagian ni tak boleh amik blood pressure sebab matron besor hospital ni tak bagi. Bimbang ade complication then tak inform staff kat sini. Wutdefish cake? abeh tu kitorang boleh buat apa je? duduk melangut? tengok mak mak yang kebosanan berjalan kehulu kehilir sambil gosip2??

Aku amik temperature untuk 10 patient kat sini hanya 1/2 hour je. Tu pon aku dah usaha sehabis baik untuk lengahkan masa sebabnya aku tau sangat, takkan ade keje lain untuk aku selain dari melepak n berjalan kehulu kehilir baca case pesakit. Boring beb boring. Sangat sangat.

Bayangkan selama 3 minggu, asyik benda yang sama aje aku duk ngadap. Benda yang sama aje aku duk buat. Oh-em-gi, sangat tak extreme langsung kitar hidup aku kalau aku keep on dalam bidang ni.

Jadi lepas siap2 semua kerja, aku pegi duk belakang skali, kuarkan handpon then amik gambar puas2. Camera VGA je, tak cantik pon. Kabor2 jah.

tengok! mak ni pon bosan gak tau





hero2 melaya sedang menunggu giliran untuk disusukan

the big ever baby yang pernah aku jumpa, 4.125kg, fresh lagi, baru 2jam dilahirkan ^_^

 Mr.AR, tengok!..sy pon kendong baby juge hohoho

haa, baby yang ni kecik je ;p

hey mom, look! Saya pegang baby besor laa :D

setelah siap disusukan, semuanya lena dibuai mimpi doe haha
>
>
>

duk syok godek2 gambor lama, tiba2 je aku terjumpa gambar budak cina ni haaa


ade iras2 budak ni tak??


hohohooho...LingWai, jangan marah haaa...

ok, itu saja entry kali ni.

tata

Thursday, February 10, 2011

Cikgu Shida Dah Ade Belog?

wweyhh...aku jumpa ni haa tadi la weyh


Tengah syok duk jenjalan dalam alam maya ni tadi, aku tertarik dengan entry si Munuju Bahtera, dia cakap Cikgu Shida dah ade blog.

Aku pelagi, terus je terjah blog beliau. Bagi salam kat blog beliau then tengok follower dah ramai. Haha.. Aku yang ketinggalan rupanya ya.

Hookay korang, nak terjah belog Cikgu Shida tak ni? Haa, kalau nak terjah sila la kelik dekat sini hookay :)

Selamat men-terjah belog beliau sambil follow men-follow ^_^V


haha.. Video ni best giler, Maria Elena yang buat.
Korang tengok, korang nilai la sendiri. Its just for fun k bebeyh ^_^


Saturday, February 5, 2011

Cuti kali ni sangat tak best


Bosan! Tu je yang aku boleh cakap sepanjang cuti CNY ni. Balik Johor umah sepupu pon takde buat apa2.

Tengok banjir yang mula2 hanya di paras 2 kaki ayam sehingga la ke paras dada seorang manusia dewasa. Siyesly, banjir kat sini teruk giler tapi sayang, aku tak amik gambau untuk tontonan semua. Sorry bebeyh.

Ari ni ari Sabtu, 5/2/2011, pukul 1630H aku akan berangkat balik ke Shah Alam, fuhh. Tak sabar giler nak balik. Nak rehat puas2 before hari esok sebab esok aku ade duty kat wad, duty pagi. Y_Y

Ekceli, aku balik Johor bukan dengan kehendak hati. Paksa rela je ni. Taknak hampakan sesiapa, jadi aku balik. Dengan hati yang tak happy. Duduk melangut macam tunggu buah durian jatuh dri pokok.

Last2 aku decide on9 24 hours non stop. Hell yes, non stop!

Dan aku berjaya mendonlod 2 movie hohohoho


Tron - Legacy 

dan movie ni


Piranha 3D..hoo yeah!

hurm.. Sementara nak tunggu movie2 lapuk ni habis donlod, aku webcam kejap dengan abang angkat kesayangan aku. Hehehe

sesi luahan perasaan dengan dia. Cara dia nasihat aku sebijik macam ayah. Aku suka gilers.


haa..ni haku je yang on cam, tapi dia tak pon. Tak adil giler en?

Hadoii korang.. Maaf la kalau entry kali memang mengarut sangat2, tadi before bukak laptop, idea ade je datang menyendeng kat dalam kepala otak ni ha..

Tapi bila dah bukak laptop n sign in blog, terus je jadi blurr tak pasal2. Ok, skrang muka aku ketat giler sebab takde idea yang datang. 

@#$%&*!!!!!!

Thursday, February 3, 2011

bosan tapi gatal tangan

Tika diri aku sedang berperang dengan perasaan, tika takde telinga yang mendengar luahan hati, pada dia la aku luahkan segala isi hati. Benda ni jugak la menjadi teman aku dikala aku kebosanan tahap petala ke lapan.


Dia ni jugak la teman aku time aku buat presentation depan kelas. Dia ni jugak la aku kelek kesana kemari, dia ni jugak la aku bawak time aku balik kampung segala. Aku sayang dia sangat2 weyh.


Haaa.. Dia ni jugak la yang aku guna untuk terjah blog korang tau, dia ni jugak la aku sayang bagai nak mati.

haaa..sekarang aku nak terjah blog sorang budak ni. Farrace namanya. Jom terjah blog beliau.


Dia blogger baru. Jom follow blog dia skali meh. :)

Wednesday, February 2, 2011

kau datang pada aku, aku bagi double ,,|,, ,,|,,

kalau kau rasa kau rasa kau lagi hebat n perfect dari aku, teruskan la kerja backstabbers full time kau tu hokay!
oh, sure punya ko akan cakap mcm ni en?
"hell yes, memang aku hebat pon, memang aku perfect pon, so what?"
 aku akan balas macam ni pulak
"kau dengan hebat n perfect kau, boleh jalan, pegi mati la weyh"
Aku paling suka ayat Yana Yonet yang ni.
"satu aku nak pesan, kalau kau ade dua muka make sure satu daripada wajah kau tu cantik la yeh"
Kalau aku balas balik apa yang kau da buat pada aku, maknanya aku pon lebih kurang sama macam kau en? Tapi takpe, aku butakan mata n pekak kan telinga je la. 
Kau kan kurang kasih sayang, bese la. Kau kan nak nampak mulia depan kawan2 kau? Dan perbuatan kau tu sangat2 lah mendatangkan faedah untuk kau sebabnya kau akan dapat ramai kawan kan? hokay, bagos tu. Teruskan usaha kau tu ya. Aku suka beb. 
Tapi ingat, bila kau datang pada aku benda ni aku bagi pada kau
,,|,, ,,|,,   
Double beb aku bagi, bukan satu. Hoo yeah!
Tapi kan, yang peliknya, apsal erk? orang yang baik dengan kau pon duk mengata pasal kau, itu kau, ini kau. Lagi buruk dari apa yang kau buat pada aku. Hahaha. Kesian sangat kat kau weyh. Kau buat pada aku, tapi kau punya citer dari kawan2 baik kau tu lagi hebat la.
Bak kata Yana Yonet. Karma kan? Kau kata kat aku, kau pon dapat jugak. Tapi lagi superb la bebeyh!
 

Tuesday, February 1, 2011

aku rasa nak gelak saja

AKU BENCI KAU SANGAT!

Sampai MATI aku akan ingat apa yang kau buat pada aku. Jangan ingat aku diam, aku tak perhati. Aku taknak jadi manusia yang miskin hati macam kau. Lantak la apa kau nak cakap tentang aku, lantak la apa kau nak fikir tentang aku.

Best kan, jadi orang macam kau. Ramai orang nak back up kau. But, they dont know the truth.

Tapi takpe, apa yang kau ucapkan pada aku, aku anggap ianya sebagai pujian untuk aku. Well, at least yang WAJIB aku tak tinggal beb! *ciss..riak disitu

Itu yang membezakan antara aku dan kau! Ingat tu!

Pentikam belakang?? Aku rasa kau wajib baca entry yang ni, sangat bagos untuk kau beb! haha ok, Klik Sini

tabung

halwa telinga


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com