Saturday, January 29, 2011

teka waktu kelahiran "fathaka"- give & away

Hey hey hey.. 

Hah, entry kali ni aku join GA oleh Inchik Fat+ha+ka pulak ^_^

1st time beb Fathaka buat contest, sempena befday dia. Teka waktu kelahiran beliau.

hah, ni dia Banner GA yang agak comel tu 


1- Jadi follower Inchik Fathaka: 

DONE!

2- Teka waktu kelahiran:

- 0830H
- 1400H
- 2000H

3- Letak link kat sidebar:
DONE!

4- Wish for besday boy kita ^_^:

1- Happy birthday to you, May Allah bless you and hope this special day will make your dream comes true ^_^

2- Surely a star danced in heaven on the day you were born. Happy Birthday

5- Tag kawan
- And sesapa yang berminat nak join GA ni ^_^

6- Anda boleh join GA ini before 4 Februari 2011

Tengkiu yep Miss Ili..

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Salam Blogger..

Aku kena tag lagi la untuk join contest. Hehehe.. Oleh Cik Ili aka Leeya kita.
Sorry yep Cik Ili sebab lambat buat contest ni, Sammy agak2 busy lately.

Ok. Ni adalah Banner contest yang aku join tu ^_^


Okeh. Kalau anda berminat nak join jugak contest ni, jom la join contest yang diadakan oleh Mrs.Penganjur ni :) and tengok la syarat2 yang dikenakan ke atas anda

Okeh, aku pertaruhkan gambar yang ni


Aku dah 3kali join contest tapi tak pernah menang pon hahahaha.

Erm, kalau ade rezeki aku menang contest ni, aku nak tolong adik angkat aku ^_^

Aku nak tag
1
2
3
4
5
hah, yang 5 orang ni, jangan lari, sape baca dia kena tag!

*aku tak tau nak tag sape, kang kalau aku aim org tu, aku kena luku pulak haha. So, sape nak join, dialu2kan lah ye :)

Wednesday, January 26, 2011

Mama, Orang sayang mama sangat-sangat!

( sumbangan ikhlas lagi tak berbayar dari Yahoo)

Weyh weyh korang. Dengar ni, aku nak cerita ni.

Nak tau tak? 2 ari lepas aku tengok Normal Delivery Baby beb. Normal weyh. Normal!!. Perghh.. Memang giler kentang lenyek arh.

Live depan mata. Fuhhh..

Aku sempat tengok dari awal sampai akhir. Masa dari mula2 angkut that mom masuk dalam Klinik, sampai la dia siap deliver her baby boy ^_^. 
Why Klinik? Apesal tak ke Hospital aje? Simple, Laki dia cakap "tak sempat, air ketuban dah pecah n contraction dah kuat giler". 

(wat de fuu??) Padahal dah bagi health education dah, before tarikh dia due, that mom siap datang klinik lagi buat check up then staff kat sini dah warning awal2 lagi, kalau ade tanda2 nak bersalin, terus pegi hospital. Jangan datang klinik sbb kat klinik tak ada enough equipment untuk delivery punya. Tak cukup lengkap. Tapi pasangan ni bukan Malay n mungkin kepala hotak dia pon jenis suka belit then, penerimaan dia pon mungkin dah berbelit2. *paham2 sendiri la. So thats why la dia datang jugak lah ke klinik tempat aku posting ni haa.

Ok, panjang pulak aku bebel. Berbalik pada asal. Time tu aku baru balik lunch, aku masuk klinik then pegi lepaskan hajat kejap. Pastu aku dengar bunyi bising kat luar, aku tengok ade van betul2 depan klinik. Dari dalam van lagi aku tengok si mak ni melalak2, then aku kuar cepat2, basuh tangan ape semua then tolong angkut si mak ni masuk bilik treatment yang agak sekangkang kera besarnya. *bese ler.. KLINIK!


Baringkan si mak atas katil. Kawan Indian aku tenangkan si mak then ade sorang akak nurse tu bukak delivery set. Aku pandang dekat si mak punya Mrs.V n oooommaaaiiiigoott!!

KEPALA BABY DAH NAMPAK LA WEYH!!! Berketak2 kepala baby tu...fuhhh!

Si mak dah muka meneran tapi asyik nak angkat punggung je. Bahaya ni. Boleh tear kawasan Mrs.V dengan agak2 hodoh jap lagi ni kang.

Akak nurse tu dah jerit2 dengan si mak suruh keep on meneran n jangan angkat punggung nanti akan koyak teruk kawasan vagina. Tapi mungkin si mak ni rasa tak selesa n bila dah sakit mane nak dengor cakap orang kan... So dia terangkat sikit bontot dia tu.

Seksa giler beb nak teran, nak kuarkan kepala baby tu, adoiyaii.. HABIS NYAWA dah aku tengok si mak tu meneran. Akak nurse tu dah cuak giler sebab baby dah biru dah, doktor pulak tengah rehat time tu, takde kat bilik dia. Aku hanya pandang je,tolong bnda2 yang kecik, nak sentuh mampos kau kena tengking ngan akak nurse tu nanti. Aku tengok je cara dia deliver kan baby tu.

Pastu, dah habis nyawa dia teran n cuba kuarkan baby tu, Last2 dapat gak kuar baby. Baby boy derr... Comel siot. Walaupon bukan Malay.


Biru abis badan baby tu sebab sejuk sangat environment kat luar. Kat klinik takde warmer, jadi akak nurse tu balut badan baby tu then letak bawah lampu. Kasi panaskan badan baby tu. Diam je dia time kena lap tu, tak nangis pon. Tapi time kuar dari Mrs.V mak dia, tadi nangis la. T_T.

Dapat pengalaman baru lagi aku kali ni ^_^V. Senyum sampai ke telinga. :)

Sesungguhnya, pengorbanan seorang mak sangat besar, no wonder la Allah bagi ganjaran pada seorang ibu, dosanya akan terhapus dan dia ibarat seperti bayi yang baru lahir bila dia selamat melahirkan seorang bayi. Dan dari sini lah aku belajar untuk lebih menghargai Mama aku. Aku sayang Mama aku sangat.

Anyway, bila aku tiba-tiba pulak aku teringat entry Rahman yang ni. Aku harap, dia banyakkan bersabar dengan dugaan yang Allah beri pada dia.

Mama. Orang SAYANG mama sangat!


Sunday, January 23, 2011

rasa agak loser T_T


Perghhh...rasa loser giler sbb aku nangis jugak akhirnya. Nasihat dari dia la yang buat aku nangis.

"Lbh baik dia pergi awal. Kalau dia utk kamu, dia xkn pegi dari kamu selamanya k. Belajar menangis ketika kamu terlalu gembira saL. Bukan sekarang.

"Pray a lot SAL. Kamu tahu pada waktu malam kamu jenguk kuar di jendela hanya lihat kegelapan. Tapi esok kamu akan lihat hampir kebanyakkan arah pandangan kamu, terbit alam kehijauan dengan warna warninya. Kalau ari ini kamu kecewa, esok akan ada yang lebih baik. Pray 4 that SAL!"

Ya. Aku akan ikut cakap kau. Aku akan jadikan apa yang berlaku ini sebagai satu pengalaman baru dalam hidup. Ciss. Bermadah lagi aku. ;p

Yela.. satu hari aku tahan2 tak nangis... at last..pergghh.. berderai!

Anyway, ade sape nak temankan aku tengok wayang 29 or 30hb ni? nak release tension derr.. ahahhaha..kalau takde orang nak temankan, aku pi sensorang je. ^_^V

Saturday, January 22, 2011

citer khurafat memang tak bayar bil elektrik ke?


Minggu lepas aku tengok cerita ni. Khurafat. Not bad. Banyak adegan adegan yang buat aku terkejot macam berok. Boleh tahan la.

Part yang tak boleh blah time Si Syamsul Yusof tu bawak mayat tu haa.. Seram siot. Pastu time mayat tu tergolek2 jatuh kat bawah gaung hahaha. Aku tergelak je, tapi budak sbelah aku dah tutup mata segala. Takut katanya.

Lagi seram citer ni lagi fun je aku rasa. Hati kering kot. Tak de la rasa takut sangat. Seram skit2 tu ade la tapi tak la heavy sangat. Tapi yang peliknya, masa siang dia ade la dalam 5 minit, pastu banyak aksi waktu malam je. Budak kecik depan aku cakap citer ni macam tak bayar bil elektrik je doe. Ayat dia gini.

"Ayah, Ayah.. Apesal citer ni asyik gelap je? diorang tak bayar bil elektrik ke?"

Bila aku dengar je budak tu cakap gitu, aku gelak2 je. Hahahahaha. Semua orang keliling budak tu gelak2 bila dengar budak tu cakap mcm tu. Tak pada ngan kecik kowt nak komen. Hahahaha..

Anyway, citer dia best gak la. Fun sbb ade mayat. Tu je.

Apesal HANTU akan muncul bila malam je? Kenapa tak waktu siang? huh, jadi mengong jap -,-

Wednesday, January 19, 2011

aku rasa best ari ni


Tu la menu makan aku untuk malam ni. Kuey tiaw goreng MELAYU. Sebab apa aku highlight MELAYU kat situ? Sebabnya aku makan kat kedai mamak. Apa? Korang ingat aku tak makan kat maple? hahah..

Aku tibai je semua, janji sedap n halal.

*aku dapat cuti raya cina 3 ari. Pikir2 nak balik ke tak eyh? hurm... tak balik kot. Duk lepak Shah Alam je la nampaknya... Aku nak ikut "orang" tu balik Kedah dia cakap 'susah la awak' heh!. padahal takut sebenarnya. Tu la, len kali jangan cabar aku oke, aku buat betul2 baru tau. Pakai gertak aku segala, sekali aku nak ikut balik kampung, tak kasi. Hampeh!

Oh ya. Lupa nak cerita itu ari, masa kat Kelantan ari tu sempat gak aku jumpe best friend aku. Mr.green. Yang pernah aku ceritakan pada korang dulu..


Ok la. Not bad. Terubat sikit rindu pada dia. Dah setahun kowt tak jumpa. Macam2 kitorg kongsi2 cerita.


Petang tadi 18/1/2011 ade buat injection vaksin Human Papiloma Virus(HPV) di sebuah sekolah menengah sekitar kawasan Klang ni haa..untuk budak tingkatan 1. Perempuan sahaja.


Kitorang just follow staff nurse buat injection tu je, nak inject, si Tutor tak bagi.

Group aku ade 9orang. Semuanya beruniform lah kan. Yela. Lepas inject tu kena bagi health talk sikit. Erm. Moment yang paling aku tak boleh lupa adalah time mula2 masuk kawasan sekolah tu. Once kitorang masuk je kawasan sekolah tu, semua budak2 lambai kat kitorang. Siap cakap macam ni lagi.

"hai kakak nurse. Selamat datang ke sekolah kami"

perrghh..time tu aku rasa kan? kan? Di appreciate giler. Terharu. Kelu. Malu. Pilu. Eh, pilu tak. hahaha.. Hanya mampu senyum je time tu. Senyum sampai ke telinga beb XD

Before mulakan program tu, kitorang melantak la dulu kat kantin sekolah tu. Sebab semuanya dah lapar, dari pagi lagi tak makan. 

Dah siap makan aku pi solat kat surau. Yang lain dah ke dewan dulu dah. Budak2 skolah pon ade gak sekali solat. Dah siap solat, aku keluar. Aku sorang2 time tu. Aku dengar loceng dah berbunyi 2 kali, tapi yang peliknya, bebudak ni still ade lagi yang duk melepak, merayau2. Tak masuk kelas.

Aku pon fikir. "alah, normal kot budak2 ponteng, kau dulu pon lagi dasat dari budak2 ni apa" aku senyum :)

Aku jalan2 nak ke dewan. Bertembung dengan budak2 melepak kat depan surau. Budak lelaki. Dia pandang aku, aku senyum jela. Takkan nak buat sombong pulak bila dah datang tempat orang kan? hehehe

Sekali aku terdengar. 

"Ehhhhhh, ade doktor la kat siniiiiiiii. Doktor, doktor. Saya nak inject boleh? hehehehe

Aku pandang kiri kanan, takde orang. Aku pandang belakang pon takde orang. Aku ke yang dimaksudkan oleh budak tu? errr.... hehehehehe

"Errr, adik, akak bukan doktor. Akak ni nurse. XD" 

Aku senyum lagi. Makin lebar. Aku jalan je. Sambil senyum2 kat budak tu. Cover2 malu muka tengah blushing habis N_N hahahahah, dalam hati rasa bangga nak mampos ^_^v

Alahai, banyak betul kenangan. Sepanjang time kat skolah tu, kenangan zaman skolah asyik datang je. Kenangan gaduh2 ngan kawan, bertumbuk ngan kawan. Gelak2 dengan kawan. Cikgu2 yang kelakar habis. Semua kenangan tu aku korek dalam2, kasi habis. Then kitorang kongsi2 cerita sesama kitorg.  Cerita2 sambil gelak2.

Alahai kenangan. Rindunya zaman skolah. Rindunya dengan cikgu2. Rindunya nak jumpa kawan2 lama. Rindunya time belajar zaman skolah dulu. Rindunya time kena marah, time ponteng kelas, time ade event besor2 kat skolah.. Gua rindu habis beb T_T



Entah bila la dapat jumpa lagi kan?

Monday, January 17, 2011

mereka ini lah yang membuatkan hari2 aku ceria

Maaf sebab lama menyepi, jadi silent reader kejap. Tak bape nak ade mood nak hapedate entry baru..

Ok, aku ulang balik tajuk di atas....

Mereka ini lah yang membuatkan hari2 aku ceria.. Ya. Dari aku duk pikir2 kan masalah aku, apa kata aku ceriakan dengan budak2 cenonet yang ade kat klinik ni? ahaa..

Nak kata bosan tu, memang la bosan tahap nak mati je kat klinik, tapi kehadiran budak2 kecik ni sedikit sebanyak terubat jugaklah rindu aku pada adik2 yang dekat kampong T_T

 
yang ni baby malay, muka mcm cina2 skit sbb bapak dia banjar ke hape tah, lupa

 
aku suka anak cina yang sorang ni haa.. langsung tak nangis time aku inject vaksin pada dia ^_^

 
budak yang sorang ni aku sempat pegang kejap je, pastu dah melalak lalak.. hahaha

Eh eh? baru perasan, 1 Malaysia ek? hahahahaha kebetulan la weyh..

Oh, lupa pulak. Erm... perancangan nak belanja budak cina tu eiskrem terpaksa ditangguhkan sementara waktu sebabnya plan nak wat raya cina, tapi alahai.. terlupa pule beta yang dia tu cina hahaha... musti la nak balik beraya en.. ye tak?? LING WAI.. LIMAU SEKOTAK EYH!! ahahahahha

Cik Ili pulak tak dapat balik cuti raya cina ni sebab pas cuti dia ade exam, erm.. takkan nak ganggu time dia study pulak kan. So kitorang decide nak postponed je dulu. Setadi leklok yep cik ili.

Mr.Amad aka Kicap pulak, kita tunggu sehingga Cik Ili balik dari UNIMAS la yerp. hehehe

Monday, January 10, 2011

sepanjang 2 ari ni


 cetus kontroversi ngeheehehehe

 buat julung2 kalinya first time aku buat muka yang agak hodoh itu ketika bergambar. Geli geleman aku tengok hahaha. Ianya berlaku secara spontan oke, bukan disengajakan. Mulut budak tu pon aku maain tarik2 mcm tu je time tu. 

Cian kat dia. Melalak lalak aku kerjakan dia lepas tu.

ok Sammy. Berenti cakap mengarut.

ok. disini aku ingin mintak maaf la sebab lambat post entry baru. 2ari lambat. Bukan apa, hidup aku agak kucar kacir segak kebelakangan ini. Pagi tadi perrghhh. Aku terlepas bas yang satu2nya bawak aku ke tempat praktikal. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. 

Aku kalau gelabah memang teruk nak mampos.

"aduh aduh aduh, macam mane nih, aku terlepas bas, aku lambat bangun. Tak. Tak. Aku tak tido lewat pon semalam. Macam mane ni, macam mane ni? lintang pukang aku masuk bilik air, mandi cepat2, pakai uniform segala. Dengan tak makeup, muka pucat. Aku bercakap sorang2.

Pastu aku call kawan aku. Nasib baik Allah nak tolong aku time tu, dia pon tengah ondoway ke hospital. 

Aku: Hello assalamualaikum, Pia kau kat mane skrg ni? *dengan suara gelabah nak mampos*

Pia: Aku baru masuk highway ni, pehal?

Aku: weyhhhhhh. Datang la amik aku sekali, aku terlepas bas la. Tolong la akuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Pia: Ok. Tunggu kat bawah, jap ag sampai.

Fuh, time tu hanya Tuhan je yang tau betapa lega tahap petala ke lapan nya aku punya hati bila Allah hantarkan seseorang tuk bantu aku. Aku bersyukur T_T

ok. Stop situ cerita dia.



The day after aku sampai dari Kelantan ari tu, esoknya aku pegi la lepaking kat Midvalley. Dengan kawan. Nak tengok movie.

Mula2 datang dengan niat baik dihati ni nak tengok citer ni haaa


Sekali dah tertengok iklan yang ade kat situ, citer lain pulak yang kitorang rasa mcm best n lagi menyeramkan je. Pastu terpilih lah citer ni


errrr...ok gak la citer dia. Tapi yang takbestnyer. TAK SERAM LANGSUNG! huh

n pendapat aku tentang filem ni sama macam seorang blogger yang baru aku jumpa tadi. Nak tau kelik sini okeh.

dari 10, aku boleh bagi half je. 5 aku bagi. Ok la kan dari aku tak bagi langsung >.<

Saturday, January 8, 2011

aku penat


 Maaf. Aku tersangat lah penat untuk arini walhal aku hanya duduk n tdo je dalam bas tadi.
Aku baru je sampai Shah Alam ni haa. Dari Kelantan.

Nak rehatkan badan. Rehatkan urat dawai aku yang kejang akibat terlalu lama duk dalam bas sambil berkarok. Hehehehe

Esok2 je la ye aku wat entry yang besh2 untuk tatapan anak cucu aku di hari tua nanti ^_^
*hambar*

princess momoy punyer kerja heheh


Princess MOMOY, tengkiu bery bery much for da tag yep :)


maaf la yep Princess MOMOY, time print screen ni, internet selow giler..so ni je la yang dpt di print screen ^_^

once you've been tagged , answer all the questions honestly , No lying or Cheat-ing okayy ? :)


Starting time ; 0254
Name ; Sammy | SaL 
Brother(S) ; 3
Eye Colour ; Beroun kaler
Shoe Size : 8 saiz tapak kaki gajah daa
Hair ; Mane boleh bagitau, aurat tuuuu
Piercings ; Hape kebenda ni?
What are you wearing right now ; Seluar tract cheetah+tshirt blue toms
Where do you live ; Shah Alam
Favourite number ; 8
Favourite drink ; Sirap Limau :)
Favourite Breakfast ; Nasi Goreng

Have You Ever ;

Broken a bone ; Nope
Been in a police car ; Nope
Fallen for a friend ; Yes
Fallen for a guy/girl in a short period of time ; Pernah. Suatu ketika dulu
Swam in the ocean ; Uish. Tak pernah, takut kena "ngap" dgn jaws
Fallen asleep in school ; Hahaha. Selalu sangat, specially kelas my mum, add math!
Broken someone's heart ; Hell yes. But sorry la pada sesiapa yang terkena yep
Cried when someone died ; Yes. Grandparent.
Sat by the phone all night waiting for someone to call ; Hohoho. Ofkos
Save e-mails ; Aha. Untuk urusan rasmi sahaja
Been cheated on ; (aku tak paham kehendak soalan T_T) buta english

What ;

Your room like ; Macam tongkang pecah. Bese ler, bilek bujang ^_^V peace!
What is right beside youu ; Bantal belang2 kaler hitam+putih+merah
What is the last thing you ate ; Maggi yang rasanya macam sabun! Yucks

Who ;

Who did you last yell at ; Diri sendiri
Who was the last person you dance with ; My friend, time dengar lagu 'Kalau berpacaran'
Who last made you smile ; Mr.Gary, Mr.Ahmad Rafie

Final Question ;

What are you listening to right now ; Bunyi ujan menyimbah kat luar umah+kipas berpusing ligat kat atas kepala
What did you do todayyy ; Duty kat wad+tido+window shopping dalam ujan
Are you the oldest ; Dalam family? No. Mak n ayah lagi olderst dari aku ^_^
Indoors or outdoors ; Dua-dua aku nak. hahaha Tamak en?

Todayy You Did ;

Talk to someone you like ; Yes. Mr.Gary
Kiss anyone ; Tak. 
Sing ; Yes, kalau berpacaran. Siyes aku suka lagu tu
Talk to an ex ; Nope
Miss Someone ; Hell yes. Sangat rindu dengan Mr.Ahmad
Eat ; Semua aku tibai. Janji halal!


Last Person Whooo ;

You talked to on the phone ; Bamer. Abg angkat aku.
Made you cry ; My parent. Nasihat n semangat dari diorg T_T. Ya. Aku cenggeng
You went to the mall with ; Geng tak makan saman
Who cheered you up ; Mr.Ahmad+Mr.Gary lerr

Have You ;

Been to Mexico ; Apsal Mexico? Tak tempat lain?
Been to USA ; Someday


Randommm ;

Have a crush on someone ; More than 16 times!!!!!
What Book are you reading right now ; Ria Qistina. Novel kesayangan aku
Best feeling in the world ; Bila dapat tau seseorang sayangkan kita
Future kids name ; Ain Hawani
Do you sleep with a stuffed animal ; Nope
What under your bed ; Beg baju sape tah. Yang pasti bukan aku punya!
Favourite sport(s) ; Teng teng. Hahaha. Sport gak ke tu?
Favourite place ; beach, mall, cinema
Who do you really hate ; hypocrite person.
Do you have a job ; Not yet.
What time is it now ; 0321
with however long it took you to complete this
To tag 15 peoples =.=

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14......15 


haaa... yang tu. Yang baca tu la kena tag. Hahaha. Gotcha!

Thursday, January 6, 2011

senyum aku semakin lebar? ok wat

ehem3...aku nak citer siket nih. Hallaaa. Siket je. Aku cuma nak share aje la weyh.

Tadi lepas aku balik duty, aku rasa boring yang amat. Aku on la lappy aku, on wai em. Aku memang selalu ber wai em. Tapi jarang la masuk room chatting. N jarang lah jugak yang chat ngan aku kecuali Cik Leeya, Ling Wai Kiat, Mr.Gary n ade la lagi 2 3 orang kawan2 yang lain.

So, rentetan dari kebosangan yang dah ditahap petala ke lapan je, aku pon masuk la room chatting sekian sekian ni. N homaigot, aku jumpa seorang mamat yang agak comel+jambu pada pandangan mata aku ^_^.

Aku pon ape lagi. Bling-bling la jadinya *_* hahahah.. Pompuan gatal en, mcm ni la jadinya.


Nama budak comel ni Azim, yang aku tau dia sedang menuntut ilmu medical lab di salah sebuah kolej kat Kelantan ni haa.


aahaaaa...tu dia budaknya. Comel en, comel en? heheh.. Ni adalah beberapa pic yang dia sempat share dengan aku time chatting tadi.


Chinese look la budak ni ^_^
hehehe...Mr.Azim, maaf la, sy tak tau banyak pasal anda sebab tadi pon borak kejap je en? hehe nanti kalau kita chat lagi, sy korek banyak lagi rahsia tentang anda oke ;p


Perkataan yang pertama keluar dari mulut aku time aku tengok gambar yang ni..
"waaaahh!! giler kentang lenyek arh budak ni, comel doe" hahaha


Kejap je dapat chatting ngan Azim ni tadi, sebab dia dah nak tido, ngantok dah katanya sebab esok dia ade kelas kat kolej dia. Takpe la ya Mr.Azim, ade rezeki, chatting la lagi kita nanti. Tak lari kemana pon kan >.<

Ok. Sekarang aku dah puas sebab dah dapat kongsi apa yang aku nak kongsikan dengan korang. Dan aku boleh senyum kambing 2 3 kali ganda lagi lebar dari entry yang ni hahahaha

At least, takde la aku memikirkan sangat pasal panggilan maut yang agak c*lak* tu bagi aku. hahaha. Aku happy lagi.

Panggilan maut? Hanya Mr.LingWai yang tau ;p

award dari seorg puteri :)

first sekali aku nak ucapkan ribuan minta maaf n terima kasib buat cik cantik manis si kupu kupu ungu aka Cik Timmy


sorry yerp Cik Timmy sebab lambat buat entry ni..hehhee... tengkiu bery much sebab puteri comel ni dah bagi aku satu award hehehe. Aku sangat teruja. Aku juga rasa dihargai hehehe... maseh3

ni award yang dia bagi tu


erk..puteri. oh puteri. Award ni azam untuk 2010 ke 2011? hehehe..takpe2, Aku wat untuk 2011 punyer okeh.

Azam Sammy untuk tahun ni yerp? hehehe... Sammy wat dalam bentuk point2 je la k. Azam aku simple je

- Aku nak jadi anak yang baik pada mama n papa aku
- Aku nak buat yang terbaik untuk exam tahun ni, insyaallah
- Aku akan cuba untuk jadi lebih matang dalan segala macam jenis hal *ok la kan?
- Aku taknak buat mama n papa aku bimbangkan keadaan aku disini lagi. 
- Aku akan cuba untuk jadi kawan yang baik untuk kau
- Aku akan cuba fahami kau
- Aku nak terus ngorat kau *eh, "kau" tu sape ek? hahah
- Aku nak jadikan hidup aku tahun ni lebih baik dari tahun2 yang lepas. Insyaallah

erm...tu je la kut rasanya hehehe... Cik Tim, oke ke sy buat ni Cik Tim oi? hehhe..tak oke pon kena la oke kan jugak yep. :P

Sunday, January 2, 2011

keseratus

haaa.... Sammy agak bernasib baik kali ni sebab berjaya jadi follower ke-100 inchik Edean

fuh kiri..fuh kanan.. tu la yang aku buat before nak klik button follow. hehehe..

At last. Ni la resultnyer

haaa inchik Edean, takde adiah untuk kiter ke?? ehem3... lapar adiah btol haku ni haa...

anyway...usaha daku untuk menjadi follower genap akhirnya berhasil hehehehe.

Saturday, January 1, 2011

ni entry new year ke?

anda...oh anda..

anda marahkan sy lagi ke?
dah la tu anda oi. dah masuk tahun baru ni. maap maapan la sesama kita. buka lembaran baru, ni benda remeh pon nak marah. pe la anda ni.

..............................................................................................................................

Okok. Lupakan saja apa yang baru aku ucapkan sebentar tadi tu yep.
Korang...ohhhh korang. Macam mane dengan tahun baru? Sambut kat mane2 tak? Aku malam tahun baru itu ari juz meronda kat Wakaf Che Yeh jah. Usha2 shawl yang agak gojes disitu. Hati berkenan terus jep beli.

Dapat aku grab 2 helai je. hehehe. Pompuan. Bese la en.

Tu nasib aku kat Kelantan. Round2 kat wakaf Che Yeh je la aku. Kalau ade kat Shah Alam ni haa... sure aku sambut kat KL. Kawan2 ckp kat dataran meriah ari tu. Entah ler.

2thn asyik sambut new year kat Kelantan je. Nak wat cane en, schedule praktikal kne time new year. Nasib!

Hope that next year dapat sambut dengan orang2 yang sepatutnya. Aku nak cepat2 abis belajar. Nak amik bidang lain pulak. Nak lari dari bidang ni even aku tau bidang ni demand tinggi tapi aku tak peduli. Aku cuma nak ilmu dia aja. Nanti aku nak kerja, aku taknak bidang ni kut. Muak aku.

kejap2 kang aku rasa bangga. Kejap2 kang aku rasa menyampah. Ok. Ekceli aku cuma menyampah dengan orang disekeliling aku je, bukan dengan bidang ni pon. Aku still wat kerja seikhlas hati. Takde paksaan dari mane2 pihak. So, kalau ade diantara yang "disekeliling" aku terbaca entry ni. Hahaha.. Lantak kau la nak pikir aku ni manusia ke apa ke.

Bab kata kau, layak ke orang macam aku dipanggil manusia?
Meh sini aku nak habaq mai, kalau aku bukan manusia, aku tak masuk sekolah, aku takkan belajar sama bidang dengan kau. Kalau aku bukan manusia, aku takkan pernah boleh bercakap dengan kau. Kalau aku bukan manusia, sure aku kena hell cukup2 masa mula2 nak masuk bidang ni dulu en? So sape yang patut fikir sebenarnya ni? kau atau aku?

Tak pernah ikhlas ke kau jadi kawan aku selama ni? aduhai. Allah dan kau saja yang tahu apa yang tersirat dalam hati kecil kau. Aku harap kau masih sudi bagi aku sedikit peluang.

cisss... aku bermadah lagi. *hampeh*

tabung

halwa telinga


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com