Tu la menu makan aku untuk malam ni. Kuey tiaw goreng MELAYU. Sebab apa aku highlight MELAYU kat situ? Sebabnya aku makan kat kedai mamak. Apa? Korang ingat aku tak makan kat maple? hahah..
Aku tibai je semua, janji sedap n halal.
Oh ya. Lupa nak cerita itu ari, masa kat Kelantan ari tu sempat gak aku jumpe best friend aku. Mr.green. Yang pernah aku ceritakan pada korang dulu..
Ok la. Not bad. Terubat sikit rindu pada dia. Dah setahun kowt tak jumpa. Macam2 kitorg kongsi2 cerita.
Petang tadi 18/1/2011 ade buat injection vaksin Human Papiloma Virus(HPV) di sebuah sekolah menengah sekitar kawasan Klang ni haa..untuk budak tingkatan 1. Perempuan sahaja.
Kitorang just follow staff nurse buat injection tu je, nak inject, si Tutor tak bagi.
Group aku ade 9orang. Semuanya beruniform lah kan. Yela. Lepas inject tu kena bagi health talk sikit. Erm. Moment yang paling aku tak boleh lupa adalah time mula2 masuk kawasan sekolah tu. Once kitorang masuk je kawasan sekolah tu, semua budak2 lambai kat kitorang. Siap cakap macam ni lagi.
"hai kakak nurse. Selamat datang ke sekolah kami"
perrghh..time tu aku rasa kan? kan? Di appreciate giler. Terharu. Kelu. Malu. Pilu. Eh, pilu tak. hahaha.. Hanya mampu senyum je time tu. Senyum sampai ke telinga beb XD
Before mulakan program tu, kitorang melantak la dulu kat kantin sekolah tu. Sebab semuanya dah lapar, dari pagi lagi tak makan.
Dah siap makan aku pi solat kat surau. Yang lain dah ke dewan dulu dah. Budak2 skolah pon ade gak sekali solat. Dah siap solat, aku keluar. Aku sorang2 time tu. Aku dengar loceng dah berbunyi 2 kali, tapi yang peliknya, bebudak ni still ade lagi yang duk melepak, merayau2. Tak masuk kelas.
Aku pon fikir. "alah, normal kot budak2 ponteng, kau dulu pon lagi dasat dari budak2 ni apa" aku senyum :)
Aku jalan2 nak ke dewan. Bertembung dengan budak2 melepak kat depan surau. Budak lelaki. Dia pandang aku, aku senyum jela. Takkan nak buat sombong pulak bila dah datang tempat orang kan? hehehe
Sekali aku terdengar.
"Ehhhhhh, ade doktor la kat siniiiiiiii. Doktor, doktor. Saya nak inject boleh? hehehehe
Aku pandang kiri kanan, takde orang. Aku pandang belakang pon takde orang. Aku ke yang dimaksudkan oleh budak tu? errr.... hehehehehe
"Errr, adik, akak bukan doktor. Akak ni nurse. XD"
Aku senyum lagi. Makin lebar. Aku jalan je. Sambil senyum2 kat budak tu. Cover2 malu muka tengah blushing habis N_N hahahahah, dalam hati rasa bangga nak mampos ^_^v
Alahai, banyak betul kenangan. Sepanjang time kat skolah tu, kenangan zaman skolah asyik datang je. Kenangan gaduh2 ngan kawan, bertumbuk ngan kawan. Gelak2 dengan kawan. Cikgu2 yang kelakar habis. Semua kenangan tu aku korek dalam2, kasi habis. Then kitorang kongsi2 cerita sesama kitorg. Cerita2 sambil gelak2.
Alahai kenangan. Rindunya zaman skolah. Rindunya dengan cikgu2. Rindunya nak jumpa kawan2 lama. Rindunya time belajar zaman skolah dulu. Rindunya time kena marah, time ponteng kelas, time ade event besor2 kat skolah.. Gua rindu habis beb T_T
Entah bila la dapat jumpa lagi kan?
heheheh....dah stat ek...la,try la ngejah dgn tutor tu...ckp nak cari pengalaman,hehehe
ReplyDeleteijat: tak dapat la..tutor ckp nanti takut pape jadi, susah lah nanti :(
ReplyDelete