Monday, December 26, 2011

Ini Kisah Cinta Jarak Jauh Saya



kepada awk,
insan yang dah buat hati ini separuh sasau sebab kasih sayang yang diberi setulus hati *aceceh*

thanks, sebabnya.....
awak sudi terima hati ini dengan setulus hati
awak sudi terima kekurangan diri saya dengan setulus hati awak
awak tahan je kalau kena marah dengan saya even saya tau awak pun selalu makan hati dengan sikap saya :(
awak sedang berusaha untuk jadi yang terbaik untuk diri saya
awak berusaha sebaik mungkin untuk ada dengan saya bilamana saya perlukan awk
awak selalu buat sy terharu dengan sikap awak yang suka amik berat tentang diri saya

sungguh,
saya sangat2 hargai apa yang awak dah buat untuk diri saya
saya sangat bertuah dapat miliki hati awk yang satu tu
dan kadang2 saya selalu fikir - *apakah aku cukup baik untuk dia?*

and last sy cakap pada diri sendiri, saya akan perbetulkan kesilapan dan cuba untuk jadi yang terbaik untuk awak :)

erm, nak tau tak? susah betul nak buat awak jatuh cinta dengan saya masa mula2 kenal dulu hehehe
sebabnya awak dah ade orang lain, tapi bila awak dah single balik.. saya dengan gentle women nya pegi tackle awk balik ngeh ngeh ngeh

masa saya sakit masuk ward ari tu, saya terharu sangat dengan sikap awak,
tapi saya tak cakap, sebab saya malu dengan awak,
awak caring sangat dengan saya,
awak pesan itu,
awak pesan ini...
and I really Love the way u act just like my dad :)

and seriously..
saya rasa sangat beruntung dapat miliki hati awak
makin kita gaduh, makin sayang saya dengan awak
makin gaduh saya rasa makin comel
garang awak tu buat awak sangat special dihati saya
walaupun jarak antara kita jauh beribu ribu batu, tapi itu bukan penghalang bagi awak untuk contact saya setiap hati kan?
dengan lawak awak yang tak sudah tu buat saya tak berhenti senyum bila awak call ^___^

haihhhh saya ni teruk betul
kalau nak list kan semuanya
lapanbelaspuluhratus page pun belum tentu cukup untuk describe betapa saya sangat bersyukur pada Allah sebab anugerahkan awak pada saya.

i just wanna say that im soooooooooooooo in love with you
awak doctor saya, awak cinta hati saya :)
dah 5 kali saya jatuh cinta pada orang yang sama
thanks for everything ye awak.

yang benar,
your nurse :)


Tuesday, December 13, 2011

Hari Manis

ini entry jiwa jiwa

assalamualaikum, hye everyone :)

hmmmm, korang pernah jatuh cinta tak?
korang pernah sayang seseorang tak? for sure pernah kan?

and yes, begitu jugak dengan diri saya.
pernah jatuh cinta, pernah sayang seseorang.

dan sekarang saya sangat in love dengan buah hati..
tapi, dia jauh..jauh yang jauh dimata

Tapi selalu ingat dihati
Selalu bertanyakan khabar
Selalu. Hampir setiap hari. Hihi.

Dan, sudah 4tahun kisah pahit manis ini berjalan seiring kehendak Allah *eh* :p

Sayang, terima kasih untuk 4tahun yang manis ini walaupun adanya pahit. Kamulah kawan gaduh bertumbuk saya. Baik 5minit pastu gaduh balik itu benda biasa haha! Macam anjing n kucing je kita ni. Tapi bagi saya, saya takkan dapat pengalaman macam ni dengan orang lain, kasih sayang kamu terhadap saya sangat luar biasa. Terima kasih sebab bagi kawan2 yang penyayang dan ayah yang memahami. N bagi adik jugak hihi.

Selamat hari manis on 23rd July 2015 :)


Friday, October 7, 2011

hati kecil



hey,

aku punya hati,
mengapa tergamak kau lukakan hati kecil aku?

apa salah aku?
besarkah dosa aku pada kau?

kau perlu ingat dan semat dalam hati,

jika kau tidak mahu terluka,
jangan sesekali kau lukai orang lain,
orang disekeliling kamu.

sakit tahu,
bila hati terluka,
dan aku akan ingat pada kamu yang telah sakiti aku.
aku tak akan lupa.

*aku tulis kerana aku punyai rasa, bukan kerana nama

Saturday, September 3, 2011

sedang cuba untuk jadi setabah yang mungkin

sekali aku ungkapkan sayang bermakna selamanya aku akan sayang.

Aku harus kuat hadapinya

Hey readers,
pernah tak kau sayangkan seseorang tapi terpaksa lepaskan dia pergi bersama dengan orang lain? which is bukan atas kerelaan kau dan dia sendiri?

kau rasa, adil ke buat diri kita yang sengsarasedih ni? kalau kita kesiankan diorang yang tak dapat bersama, sape pulak yang nak kesiankan diri kita sendiri?

haishhh, banyak betul persoalan dalam benak kepala hotak aku ni haaa

tapi....

Arh, aku harus dan terpaksa berbahagia sahaja dengan keputusan yang telah dibuat. Masa bukan dapat diputar kembali, hari yang mendatang..laluinya dengan hati yang tabah dah jiwa yang cekal..
Insyaallah, segalanya pasti baik2 saja (senyum kelat)

Kepada Insan itu,

Tabahkan diri kau, cuba untuk cintai dan terima dia seadanya kerana tak lama lagi dia bakal menjadi halal bagi mu.

Aku disini akan senantiasa mendoakan kebahagiaan buat dirimu juga dirinya. Jagalah permata hati keluarga itu dengan sebaiknya.

Bak kata Seorang ibu kepada kawan aku di FB:

bila mendekati , menyayangi seorang wanita, apa pun kesalahannya, kesilapannya, jgn sama sekali melukakan tubuhnya...menyakiti jasadnya...kerana wanita itu walau sekasar mana pun masih tetap seorang wanita yg pada asalnya adalah seorang yg lemah lembut dan pastinya sangat menyukai kalau seorang lelaki bersikap lembut terhadapnya (sumber: surat buat harijadi anakanda tercinta)




:') sedang suba untuk jadi setabah yang mungkin

Wednesday, August 31, 2011

untuk seorang yang bernama wanita

PUISI UNTUK SEORANG YANG BERNAMA WANITA...



Wanita..
wanita adalah pelengkap dunia..
juga  penyejuk mata..
hati mudah terluka..
pabila diri di anggap tidak berguna..

Wanita..
selalu ada di sisi..
tidak kira apa jua situasi..
pembimbing dan pemberi motivasi..
pada insan bernama lelaki..

Wanita..
bertuah memiliki nya
mencintai seadanya..
menghargai semua yang dikurnia..
kerana Ilahi memberi segala2 nya...

Tujuan aku ingin berada dan menemani disisimu sepanjang hayatku bukan bermaksud untuk menyusahkan dirimu, tetapi untuk mempermudahkan segala urusan harian mu. :)

Aku kopipes!

Friday, August 26, 2011

Aku dan menyusahkan berpisah tiada


Wanita..
wanita adalah pelengkap dunia..
juga  penyejuk mata..
hati mudah terluka..
pabila diri di anggap tidak berguna..

Wanita..
selalu ada di sisi..
tidak kira apa jua situasi..
pembimbing dan pemberi motivasi..
pada insan bernama lelaki..

Wanita..
bertuah memiliki nya
mencintai seadanya..
menghargai semua yang dikurnia..
kerana Ilahi memberi segala2 nya...

Tujuan aku ingin berada dan menemani disisimu sepanjang hayatku bukan bermaksud untuk menyusahkan kamu, tetapi untuk menyenangkan kamu, memudahkan kamu, melengkapi kamu. Tapi, jika hadirnya aku memberi seribu satu kepayahan dan kesulitan buatmu, khabarkan saja, aku bisa berundur dan tak akan kembali :'(

Senyumlah kamu andai aku tidak lagi ada disisi, tabahkan dirimu buat insan yang lebih memerlukan dirimu, kamu kuat, bahkan lebih kuat dari aku.

Moga kamu bahagia sentiasa seiring waktu berjalan. Moga kamu sihat sentiasa dan biasa berbakti kepada kedua orang tuamu. 

Jaga diri, jaga hati, jaga batas, jaga semuanya. Selalu ingat pesan aku yang satu itu :'/

Kerana "aku dan sifat menyusahkan itu berpisah tiada"


Wednesday, July 20, 2011

Wanita :)

"Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi...
Ya Allah...walaupun aku tak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-Mu:)

Monday, June 27, 2011

pamerkan senyuman palsu itu perlu

hati sedih tapi wajah tetap tegar pamerkan senyuman palsu untuk happykan orang lain :|


seminggu di klinik mata sangat menghiburkan hati aku even sakit untuk pamerkan senyuman palsu tatkala hati sedang sedih berduka.

tapi alhamdulillah, semuanya aku lalui dengan hati yang tabah. Banyak benda aku dapat belajar sepanjang berada di klinik mata. Pengalaman kena marah memang selalu aku boleh dapat, tapi kerenah patient la yang buat aku selalu tertawa sendirian. Pesakit kecil aku jugak ade yang datang. Arh, diorg memang comel dengan bercermin mata kecik hehehe. :)

Aku suka :)

Kalau aku tak pamerkan senyuman palsu buat semua, macam mane aku nak rawat pesakit bukan? Macam mane pesakit nak sembuh. Isn't it?
Hal peribadi tak seharusnya dicampur adukkan dengan urusan kerja. Jadi aku ketepikan soal hati aku bilamana sampainya waktu aku bekerja.

Tu je. Tata

Friday, June 10, 2011

oh, finally


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sekarang baru aku punya kesempatan nak update entry baru. Maaf kepada follower baru yang follow blog aku tapi aku still tak sempat nak balas kunjungan korang. Takpe, jangan risau k. Aku akan tetap jalankn tanggungjawab aku sebagai blogger hehehe

Aku errmm....errr,sebenarnya memang aku selalu jenguk blog aku tengok kut2 ade follower baru ke, komen2 baru ke *eceh (perasan diri seniri feymes), tapi bila tiba part nak update je, kepala hotak jadi biol jap. Tepu semacam je. Tak mau kenapa. Maap ler.

Ekceli aku tengah cuti ni, so aku manfaatkan-la sebaiknya cuti aku yang ade ni dengan balik ke kampong halaman. Dapat ler jenguk2 pantai. Dapat ler main2 dengan kucen kesayangan aku ni haaa.


Ntah mane la adik2 aku amik kucen ni, tau2 je dah lekat kat umah

haaaa, yang ni besor skit. Tapi aku rasa ni bukan bapak yang si kecik tu. Tak tau kenapa, tapi aku rasa bukan

eh eh eh,..mengarut jauh pulak aku cakap pasal kucen2 segala. Hurmmm, seminggu cuti bersamaan 7 ari tu aku dah mengkhatamkan beberapa buah movie yang agak best-lah juga bagi aku.


for the first time ayah ajak kitorg satu family tgk movie. Mula2 nak pilih citer Kungfu Panda 2, tapi full pulak -,-'.. pastu pilih la citer ni. 

mula2 tengok citer ni bapak giler bosan, aku dah siap menguap2 dah dalam wayang tu, tapi bila masuk je part yang duyung2 and part time anak2 kapal jadi umpan kat tengah2 laut tu la the most part yang exciting giler..tengok duyung2 cantik yang sexy+comel tu la yang best *erk, mcm aku ni lelaki la pulaks! haha

Bagi aku best. Not bad, klakar habis kau tau citer ni. Korang patut tengok :)

kalau kat umah tu aku tengok citer yang donlod kat internet je la. Internet tengah laju macam speedboat, ape lagi? bantai donlod movie je la kje aku HAHA

When a criminal mastermind uses a trio of orphan girls as pawns for a grand scheme, he finds their love is profoundly changing him for the better.

Citer kartun yang ni sumpah best+comel+klakar. Aku suka weyh. 


Last2 dah takde citer lain yang aku boleh donlod, aku tengok citer ni je. Boleh tahan gak la best. Ari tu time kuar tak wayang aku tak sempat nak tengok. Melepas. Aku geram aku trus je donlod BluRay punya file. Awesome giler punya gambar wa cakap lu. Fuh..

dan oh, oh oh...aku TERaddicted dengan game ni sejak beberapa minggu yang lalu....


HAHAHA. Angry birds. Mula2 tu takde la aku minat sangat dengan game ni tapi orang keliling aku asyik duk cakap2 je pasal this "Burung Marah" ni.. So aku pun macam "why the hell la orang duk slalu puji pasal game burung2 marah ni?" tapi once sekali aku cuba rasa macam.. oh,wow. Boleh tahan HAHA
Addicted giler dengan game ni. Nak main ngan game ni klik je kat gambar atas tu or klik je la kat sini kalau susah sangat :)

dah la, banyak sangat dah aku bebel. 
Tata

Friday, May 27, 2011

Boy

Makan bendalah ni sambil cari idea nak blogging pon sodap :)

·        Boy : You are, ABCDEFGHIJK.
·         Girl : What does it mean?
·         Boy : Attractive, Brilliant, Cute, Darling, Elegant, Funny, Gorgeous, Hot.
·         Girl : Aww, sweet. What does IJK mean?
·         Boy : I'm just kidding. :p
·         Girl : LMN.
·         Boy : ????
·         Girl : Lempang Muka Nak?

Haha.... aku dah lupa kat mane aku jumpa dialog kat atas ni. Tapi bagi aku, macam comel je kan? so aku publish kan bendalah ni disini :)




Monday, May 23, 2011

entry kedua dalam sehari


Pernah tak kau fikir kenapa aku jadi macam sekarang? Rawrrrr!!

Sayangku,

Apa yg aku pakai ni, pada hari ini adalah yg dituntut oleh agama, aku tak nak mak ayah aku tanggung dosa kerana aku sebab aku sentiasa doa yg baik untuk mereka setiap kali aku solat, apapun dosa ke pahala, Allah yg tentukan bukan kita yg nak menilai sesama kita, Nabi pun tak buat mcm tu, jadi siapalah kita ni kan, sedangkan Nabi yg tak penah ada dosa pun tak berani nk nilaikan umatnya dari segi dosa dan pahala nie..ada otak, baik fikir dulu before nak keluarkn kata2!!

Hey dear, dengar sini.

let me remind u this, kalau hati tak ikhlas, jangan sesekali buat baik/cuba nak berbaik dengan aku ya. I really hate those hypocrite person.

sebab apa kamu tahu, sebab aku tak nampak langsung keikhlasan tu timbul dripada perbuatan mahupun air muka kamu. Orang cakap, kalau sesorang tu betul2 ikhlas, jauh dihati kita dapat rasa either seseorang tu ikhlas mahupun tidak bilamana dia buat sesuatu ataupun bercakap dengan kita. Kan?

tapi bila dengan kamu. tak pernah aku rasa semua tu. Never!

Aku harap sangat biar doa aku dimakbulkan Allah, biar kau sedar akan kesilapan kau. Ya, aku tahu. Aku juga banyak silap dan aku sedang cuba memperbaiki diri aku sendiri. Aku harap kau mampu ubah behavior kau sebelum peperiksaan besar tu menjelang sebab takkan berkat ilmu yang lecturer bagi once dia dah terasa hati dengan student. Sebab bukan aku saja yang perasan yang lecturer tu asyik sentap je bila kau keluarkan kata2 dalam kelas, tapi kawan2 yang lain jugak perasan. Hope that, kau dapat ubah diri kau sikit demi sikit k.

Aku mintak maaf kalau ade diantara readers aku samada alam maya mahupun reality aku terbaca, tersentap pulak-lah kan, sorry yang amat k.

so kawan reality, aku tau korang ade kelab kipas sendiri kan? HAHA pandai2 la bawak diri dengan kelab kipas korang tu ~Good Luck

kalau kelab kipas korang selalu keluarkan input2 berilmu time dalam kuliah, aku pun sure rasa macam nak join gak la HAHAHA

Saturday, May 14, 2011

EH, TAK SANGKA KO PULAK JADI LAKI AKU!

EH, TAK SANGKA KO PULAK JADI LAKI AKU!


tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku kantoi tak mandi pi kelas pagi tadi. dan ko buzz lagik, dan ko buzz lagik. dan......... okeyh aku buzz balik. ko teros taip, "HOI BUSUK!" dan kita teros berbalah-balah, mengutuk satu sama lain...... sampai ke pagi... hey, ko tau aku sebenarnya tengah gadoh dengan BF aku, tapi dengan gadoh-gadoh dengan ko kat YM aku teros lupa rasa sedih aku...

macam biasa, pukul 11 time aku online. aku online ym, dan...... ko buzz lagik. aku macam seronok jek bergadoh manja-manja dengan ko semalam, maka hari nih aku pon teros layan dan layan dan layan.... sampai lebammm!

masuk hari ketiga, kita bukan sekadar bergadoh malah start share problem each other. mesti laa kau start dulu, sebab aku kan tengah dingin dengan bf aku. aku cerita lah pasal hubungan kiteorang, pasal bergadoh, pasal memujuk.... ko dengar jek, dengan ikhlas hati. sampai pukul 5am ko layan dengar citer aku.

hari keempat pulak, turn ko cerita semua. ko cakap ko malas kapel sebab ko ada sejarah hitam. aku paksa-paksa, ko pon cerita ex ko dulu curang dengan ko! dah laa dia curang dengan kawan baik ko. so, ko rasa malas nak cayer pompuan dahh. ko cerita jugak pasal some of girls who our classmate yang suka kacau-kacau ko. ko cakap, ko bukan tak suka tapi ko belom bersedia...

day-by-day kita dah jadik macam rutin sembang-sembang kat YM. kat kelas kadang-kadang jek kita bertegur sebab kita hanya sama satu kelas. ko pon busy aku pon busy dengan hal aku. kadang-kadang kalo aku atau ko tak online, mesti rasa incomplete gilaa.


satu hari, aku dapat tau bf aku ada orang lain. Miza nama skandal dia.. halaaa, Miza yang hot tuh. yang ko penah citer pasal dia dulu. Miza memang hot, cantik, kulit halus, bergaya, pandai, confident tinggi, etc2. pendek kata miza perfect lah. nak comparekan dengan aku, memang jauh laa bezanya.lama jugak aku bersedih. masa tuh aku tak online. aku menangis. ada dalam seminggu aku macam tuhh. rasa rendah diri beb! lagik pulak, dah laa bf aku cakap sendiri kat aku, dia sayang Miza lebih dari dia sayang aku! sedih kan?

weekend tuh aku online. aku remove bf aku dari fesbuk. dan jugak Miza. okk status dorang in relationship okk! ohh memang bf aku hot, baru seminggu clash dah in relationship. WT............

aku on ym. wahhh, ada banyak message dari ko. tiap-tiap hari ko bagi aku semangat! mana ko tau aku bersedih? terharu you.... tapi no wonder la kan, department kita bukan besar mana. mesti ada orang sok sek punyaa. malunyer aku! mesti semorang tau aku loser... demmm!

5 minit termenung depan skrin, ko buzz. aku tengok jekk. aku rasa malu. malu dengan semorang. tetambah dengan ko. konon-konon citer aku bercinta macam nak gilaa, tetiba......... hermmm.

ko keep on buzz ym aku, sebab aku tau ko nampak aku online kan? tetiba ko cakap, "dina, baik ko buzz aku balik. kalo tak aku kol ko sekarang!" halamakkk, aku tengah nangis nih mana boleh kasik dia kol. aku teros buzz cepat-cepat...

okk habes semua aku citer kat ko. dari A-Z. petang tuh jugak ko bawak aku jalan-jalan kat KLCC. dengan mata bengkak aku, ko try bagi aku gelak! macam-macam lawak ko buat. seryes, i'm tacing beb! tapi...... aku ingat kata-kata ko, ko tak nak berkapel, maka tak boleh laa aku nak ada perasaan lebih-lebih kat ko.

semua maintain macam ni jek. kita still kawan. ko selalu bagi semangat kat aku. bila kita free kita hang out sama-sama. sampai laaa masa kita grad, tak der apa-apa yang berubah. ko dengan aku still kawan.....

----------------------

aku kena posting kat johor, ko pulak sabah. still ym dengan fesbuk penghubung kita. oh yea, aku benci pegang handphone, maka kita memang jarang berhubung melalui telephone.

ko selalu tanya aku, "ada bf baru belom?" aku.... "nanti dulu serik lagik!" aku malas tanya ko sebab ko memang akan jawab, "nak teros kahwen jek!"  okk, fine!

selama tiga tahun, kita tak jumpa. ye laa, hometown ko pahang, aku perak! kalo balik sekali-sekala mesti banyak hal dengan keluarga nak uruskan. memang berhubung dengan cara itu, ym dan fesbuk....

-----------------------------

hari nih 3 syawal. aku tak online dah tiga hari sebab sibuk dengan tetamu, dan kawan-kawan yang berkunjung. tetiba ko text aku, "aku nak ke perak dengan keluarga, ada hal..." aku, "sempat singgah la rumah.." ko balas, "meh address, full address, kalo sempat aku singgah!"sampai malam aku tunggu, nan adooooooo! so, aku tak harap apa-apa laa kan. ko pon cakap KALAU SEMPAT.

4 syawal. wedding kawan aku kat ipoh. aku bangun awal pagi sebab aku janji dengan yang lain nak bertolak dalam pukul 11 pagi. tapi hati aku berdebar-debar. ohhh, nak tengok kawan kawen kot sebab tuh berdebar.... pukul 11 pagi aku pergi... sampai ke malam jugak laa baru balik rumah. biasa la kan lama tak jumpa kengkawan sekolah...

balik rumah malam tuh, ibu, ayah dengan keluarga-keluarga lain tengah duduk kat ruang tamu. aku masuks emua mata pandang aku. aku mula cuakk. aik, takkan sebab aku balik lambat kena marah? aku kan dah besar..... ker baju aku over sangat? lipstik comot? eh, eh kenapa nih??

ibu panggil duduk sebelah ibu. seryes aku cuakk!

ibu: dina, ibu ada benda nak cakap nihhh........ (muka ibi senyum-senyum. tenang jek..)
aku: kenapa ibu? maaflah dina balik lambat, jumpa kawan-kawan seronok bersembang. dina janji dina takkan buat lagikk. (aku gelabah!)

semua tergelakk. kakak aku, abang ipar aku, adik-adik aku. hermmmm....

ibu: bukan tu laa dina. itu ibu paham. lagi pon dina dah besar, ibu tau dina pandai jaga diri...
aku: habes tuh ibu??
ibu: ibu dah terima pinangan seorang tadi untuk dina. dina pon dah lanjut usia, ibu nak anak ibu kahwin, ada keluargaa...
aku: hah? siapa ibu orangnya? ibu...... dina tak nak kawen lagik. dina belom jumpa suami yang baik buat dina lagikk. ibu... please....
ayah: tapi kami dah terima. budak nih cakap dia dah kenal dina 7 tahun dah. takper laa, esok dorang datang lagik nak dengar kata putus dari mulut dina, dina pikir yeaa...
aku: tapi dina berhak untuk tolak kan kalo dina rasa tak sesuai?
ayah: yea dina ada hak. tapi........ dina dah 27. karang lambat-lambat takder saper nak dina..


aku teros naik atas. ohh patot laa aku berdebar-debar. tapi....... siapa ek yang dah kenal aku selama 7 tahun? tah-tah ex aku? ohhhh NO! aku takkan terima diaa.......

aku teros on lappy. bukak ym. tunggu ko online. hermm, takder pulakk! mesti sebuk beraya nih. aku nak message ko citer apa yang terjadi, tapi........... ko mesti sebuk kot kan? hermmmm. so aku teros jek taip aper aku nak cakap.. nanti ko online mesti ko bacaa.. lepas taip-taip teros aku tertidor, penat berjalan seharian kot.

pagi-pagi lagi dah terbau sedap dari dapur. aku mandi, solat dan turun bawah...

"eh along banyak gila ko masak. saper nak datang?"
"kawan aku nak datang kang.. meh-meh tolong aku!"

pukul 9 pagi, makanan semua dah terhidang atas meja. ibu suruh aku tukar baju kurung. aku tak nak sebab aku nak tunjuk muka sememeh aku depan rombongan meminang tu karangg. haaa, baru dia tau betapa hodohnya aku... konpem teros rejek nak kawen dengan aku..

9.30 pagi rombongan pon sampai. ayah aku punyaa nak tunjuk baik, jempot dari depan pagar rumah. sebelum mak aku bangun bersalam mak aku bisik kat aku, "Dina pikir baik-baik. untok masa depan ko jugakk!'' teros ibu bangun dan ke muka pintu.

kakak aku tarik aku ke ruang tamu untuk salam-salam. aku pon bangun. seryes selekeh. aku pakai tshirt labuh kaler hitam, dengan seluar tidor. tudung indon kaler pink. biarkan ko kecewa wahai orang yang pepandai nak masuk meminang. hahaha!

sampai ruang tamu, aku terkedu.. aik, aik asal mamat nih ada sekali? aku salam semua pompuan-pompuan yang ada kat situ teros aku duduk sebelah ko. "amir, ko datang salah time laa. sekarang tetamu ayah aku tengah ramai. jom pergi dapur, kita makan-makan! kesian ko datang dari jauh.."

semua orang pandang aku... tetiba ayan aku bersuara....

"aik, kata tak nak terima, tuh dah ajak pi dapur makan-makan ape cer?

aku? haaaa?

"amir ko dah gilaa? ko jangan main-main amir. ko kenal aku macam mana kan? nih bukan hal kecik-kecik amir. ini seryes!"

amir: pasal aku kenal ko laa aku buat macam nihh. aku seryes dina! believe me....

aku............ teros nangis, dan............ yeah, i accept him tapi...... malu-malu!

------------------------

AMIR ZAQUAN:

sebenarnya kan.......... aku dah suka ko sejak kita sama kelas! tapi aku tak tau nak sembang aper. lucky ko approve aku jadik member ko kat fesbuk and ym. kebetulan ko kantoi tak mandi depan aku... memang aku senyum-senyum sepanjang hari tak sabar nak bahan ko sebab by that way baru aku ada point nak sembang dengan ko. hehehe~

masa ko citer pasal bf ko, aku sebenarnya jelesss. sebab tuh aku balas lambat. ko cakap aku sabae mendengar kan? sebenarnya takk, aku dok tahan hati... kalo aku balas on-the-spot wajib kantoi aku jeles. hehe..

kebetulan pulak bf ko bagi chance kat aku by dua kan ko! masa tuh aku sedih laa tengok ko sedih. tapi...... separuh hati aku dah nampak peluang aku cerahh...... yeahha!

kenapa lambat sangat kan aku take action? sebab.... aku nak tengok sejauh mana ko boleh lupakan bf ko. sejauh mana ko perlukan aku. tapi bila dah tiap-tiap hari ko mesti chat dengan aku, okk i think i mean a lot for you! kan?

and........ aku penah dikecewakan, maka..... i'm sick of couple. aku nak kawen teros! i told you earlier kan? so, sekarang aku dah try. cuak tau time baca kat ym tuh ko nak rejekk orang tuh.. tapi......lucky ko accept jugak aku! jom la kawen, jom laa kawen... cepat-cepat tau sayang... I LOVE YOU!

---------------------------------

FARAH MEDINA:

aku kan, aku kan............ okeyh, aku dah tersuka kat ko since ko hiburkan aku kat klcc time aku putus! hahaha. tapi.... ko kan laki, takkan aku nak start dulu kan? so, diam-diam sudahhh.

cakap panjang tak laratt......... so, I LOVE YOU TOO.... kawen? SABARLAA SAYANGG. opp!

-----------------------------------

just few days left. cuti sekolah nih kiteorang bakal berkahwin! yeahhaaaa........................ eh, eh nak panggil dia aper eh? hermmm.

- - -  - - - - - - - END - - - - - - - - - -

wajib ler cerita tipuuu..................... grrrrrr~ (takder kena-mengena dengan yang mati ataupon yang masih hidop!)

moral: kita tak tau kan saper jodoh kitaa.. tapi dah ditentukann... so.. jangan ler cinta kat pasangan kita lebih-lebih sangat.. yang still berkepel lerr... nak cakap lebih-lebih aku pon lebih kurang jek. sama-sama laa bermuhasabahh eh! peace:)

*hak cipta terpelihara: AISHA SAAD*


Ni entry aku kopipes dari FB seorang sahabat :)

Wednesday, May 4, 2011

Awak :(


You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can I forget all that
You are the one who make me smile
You'll always be a part of me
How I wish You were still mine :(

Never will forget the day
How we have met and came this far
We all know we got this feeling
But somehow it has to end up here

I know it's me who say good bye
And thats the hardest thing to do
Cause You mean so much to me
And guide the truth from me to You

For all the things I've done and said
For all the hurt that I've caused You
I hope You will forgive me baby
Cause that wasn't what I meant to do



"Kadangkala saya berharap sangat awk mengerti hati dan perasaan saya walaupun sedikit"


Tuesday, May 3, 2011

Conflict Of Emotion


Tinggalkan kepayahan.
Buang segala penderitaan.
Senyuman sahaja kekal untuk masa hadapan.
Ternyata, diri masih lagi manusia dingin yang punya perasaan~ Zara

Kekadang serasa ingin mahu menangis tapi aku perlu keraskan hati
Kekadang serasa ingin mahu menjerit tapi mulut tak dapat keluarkan suara
Kekadang serasa ingin berlari jauh tapi akal waras cepat menghalang

Oh, Tuhan..

Adakah aku bakal gagal lagi buat kali ini?
Kenapa kau uji?
Kenapa kau uji?

Dimana silap aku?
Siapa yang boleh tunjukkan aku jalan?
Aku tak cukup baik?
Aku tak cukup cantik?- sila muntah!

Ah, banyak benar persoalan.

Aku bukan apa, aku cuma perlukan secebis semangat
Jika tidak ada yang senang, sila undurkan diri
Aku tidak marah
Tapi,
Jangan tinggalkan aku tanpa kata dan penjelasan


AKU CUMA TAK CUKUP KUAT UNTUK HADAPINYA BERSEORANGAN
AKU PERLUKAN TEMAN



Monday, May 2, 2011

Ada Sinar Baru

Dengan lafaz Bismillah..

Aku mulakan hari aku dengan senyuman yang tak lekang di bibir.


Usai solat aku selalu berdoa

Selain mintak ampun dari DIA, 
Mohon diberi nikmat kesejahteraan, kesihatan n kebahagiaan keluarga aku,
Aku juga mohon agar kebahagiaan yang aku miliki hari ini,
Biarlah ianya berkekalan atau berpanjangan.

Aku tak mahu kehilangan orang yang baru hadir dalam hidup aku.
Aku tahu, aku tidak sebaik dia. 
Namun aku harap, Tuhan bukakan pintu hati dia untuk aku.

Aku perlukan dia.
Tapi aku malu nak cakap.
Aku perlukan seseorang yang seperti dia salam hidup aku.
Aku perlukan seseorang untuk jadi pembakar semangat buat aku. :)

Aku betul2 tak tahu kenapa aku suka dengan si dia.
Mungkin aku tertarik dengan perwatakan si dia.
Mungkin jugak aku tertarik dengan si dia sebab si dia suka berkongsi pendapat dengan aku. Mungkin >,<
Ah, alasan yang tak munasabah bukan?

Si dia suka senyum bilamana dia dengan aku.
Manis betul senyuman dia. Macam gula2 kapas.

Tapi percaya la,
Kalau sesiapa saja tanya pada aku kenapa aku suka sama dia,
Aku pasti akan bagi jawapan yang tak memuaskan hati.
Sebab aku tak tahu kenapa aku suka dia.
Dan aku taknak sesekali kehilangan dia.

Tuhan,
Tolong jangan beri aku ujian yang tak mampu aku tanggung lagi.
Aku tak mahu gagal lagi buat kali ni.
Aku tak mahu ada yang merampas lagi seperti suatu ketika dahulu.
Beri-lah peluang pada aku Ya Tuhan.

Insyaallah aku akan gunakan sebaiknya jika kau bagi aku kesempatan itu :)

Antara aku dan dia, 
aku yang mulakan langkah pertama >,<

tabung

halwa telinga


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com