Broken heart season is coming hehehehe....kenapa aku cakap macam tu? sebabnya banyak status kat fesbuk sekarang orang tengah kecewa dengan pasangan masing2..tak kurang jugak dalam blog..huh!
..........................................................................................................................
Assamalualaikum readers...
Aku baru aja selesai berblog walking..macam2 cerita yang aku baca..macam2 info yang aku dapat..baik cerita sedih gila vavik, cerita kelakar nak mampos n macam2 lagi la... seronok baca cerita2 dari blog
diari hatiku , banyak pengalaman owner blog tu dikongsikan kat dalam blog beliau..
Tak kurang jugak ada diantara blogger yang sedang berduka lara disebabkan kecewa dan sebagainya... lumrah manusia...dikecewakan dan mengecewakan...memang tak boleh lari..
Hey ladies n gentlemen...common lah...lek luhh..hidup cuma sekali dowh..bila dah JATUH..so pliz2...bangun lah balik..
Allah tak mencipta manusia untuk mengalami kegagalan bahkan Allah mencipta manusia, semuanya untuk mengecapi kejayaan dan kebahagiaan... tapi juga perlu ada pro dan kontranya..baru lah dunia ini indah bukan??
so bila dah kecewa, pliz2..jangan patah semangat k, bangun balik..bukak mata dan sedar bahawa kita masih punya tanggungjawab yang perlu kita pikul..baik sebagai seorang anak kepada ibubapa, abg kepada adik2 yang comel...kakak kepada adik2 yang nakal, tanggungjawab sebagai student lagi...etc..
~aku paham perasaan korang, cakap memang mudah kan?tapi nak laksanakannya bukan senang tapi sedarlah wei...takkan selamanya hidup korang nak macam ni? kelabu asap je...tak ada warna warni langsung...takkan korang nak akhiri hidup korang dengan penderitaan?
Allah pun tak suka hamba dia bersedih hati..
Kadang-kadang kita perlu korbankan sesuatu yang kita sayang untuk kebaikan sesuatu yang lain..ianya lumrah kehidupan...
seseorang pernah cakap pada aku macam ni di waktu aku tengah frust gile vavi dulu..dia kata :
"ada kalanya kita nakkan sesuatu dlm hidup dan dalam masa yg sama juga kita terpaksa korbankan sesuatu apa yg kita ada"
~ so aku pun terfikir...betul jugak sebenarnya apa yang dia cakapkan tu..dia buat aku berfikir lama..hurmmm...
Even aku sendiri pun tengah kecewa jugak sekarang tapi aku tak mau layan sangat rasa sedih nie sebab apa kau tau? sebab aku rasa macam semua ni nonsense n membazir je kan?... kita sayang bagai nak mati kat orang tu, last-last orang tu balas apa kat kite? balas t**k, bagi t**k isn't?
Sayang tu memang la sayang, tipu la kalau kau cakap kau dah lupakan si dia..memohong jek semua tu, mulut boleh ar cakap, tapi kau tak dapat nak tipu diri sendiri kan? orang yang tak jujur adalah orang yang tak beriman...so aku taknak la jadi macam tu..but for sure jugak korang taknak diklasifikasikan sebagai manusia yang macam tu, btol tak?
~ so sekarang ni, cuba buang sedikit demi sedikit kenangan korang dengan si dia..tak pun hidup dengan kenangan...its depends on individu la kan..aku tak paksa pun, just bagi jalan je..yang lain2 tu terserah kat korang la..hak korang nak buat macam mane..korang yang tentukan hidup korang..bukannya aku..
~ cuba busykan diri korang dengan aktiviti yang boleh buat korang lupa akan si dia contoh bersukan ke..kemas2 bilik ke..karaoke ke..amacam? happening gak kn?
~ jangan duduk bersendirian, sebab bila korang duk bersendirian, fikiran korang akan tertumpu kepada kenangan lama..automatik kepala hotak korang akan ulang tayang balik apa yang pernah berlaku antara korang n si dia...kalau korang ingat saat2 manis korang n si dia tak pe la jugak, tapi kalau korang duk pi ingat kenangan pahit? pastu da mula nak nangis la, badmood segala bagai..then rasa down tentu la datang balik kan?
so korang pilih la mana yang terbaik untuk diri korang yer, aku cakap ni pun sebagai peringatan kat diri sendiri jugak sebenarnya, bukan aku cakap kosong je..bukan jugak nak jadi cikgu, ustaz nor ustazah ker hape benda..tapi just nasihat untuk sesama kite je..tak salah kan?
~hidup hanya sekali...soooooo...kiter enjoy...hahahaha!
dah-dah..takmo la sedeyh2 lagi k, tak seronok la macam ni..sedih2...hambar je rasanya...
Aku harap apa yang sampaikan dalam entry kali ni, tak ada yang terasa hati..kalau ada yang terasa hati jugak, just tegur aku secara professional k..tinggalkan comment ke..email ke..
- aku tak suka orang yang suka cakap belakang2 aku..bila nak tegur aku tak suka emo2, sebab bila bincang dalam keadaan emo ni memang tak mendatangkan hasil langsung..lagi sakit ati ade la..ye tak? so, be professional k
~semua yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri aku sendiri..wallahualam..
**tiada p/s untuk entry kali ini...mood membebel