Monday, November 22, 2010

sedang berdukacita


Ada yang tak suka melihat aku bahagia?? huiyyoooo peliknyerrr!!


 Aku tak layak ke kecapi kebahagiaan? Berdosa ke aku tuk kecapi kebahagiaan mcm org lain?
Salah ke semua ni? Ada sesiapa boleh tolong jelaskan tak?

Haiyoo..manusia oh manusia.. memang tak boleh tengok orang lain senang sikit, mula la panas punggung.

Kenapa, boyfriend kau tak cukup hebatkah untuk kau? Tak cukup kuatkah untuk lindungi kau? Tak cukup kasih sayang kah untuk sayangi kau sepenuh hati sampaikan bila aku sudah berpunya pun kau masih ragu2 dengan aku.. sampaikan semacam kau tak percaya bahawa aku sudah punya lelaki sehebat itu? Begitu maksud kau?

Pelik sangatkah bila aku ada boyfriend yang sebegitu? Sampaikan hendak disoal selidik hingga hujung pangkal mengenai kesahihan antara aku dan dia..

Perlu kah kau berkelakuan seperti itu?

Hai kawanku.. dalam sejarah perkenalan kita, pernahkah aku cuba untuk soal selidik siapa yang telah Berjaya merebut hati kecil kau? Pernahkah aku persoalkan tentang perubahan sikap kau bila kau sudah berpunya? Pernahkah begitu?

~ jika benar ada, itu memang khilafku.. dan jika benar ada, itu bukan niatku.. dan jika benar ada, maafkan aku..

Sedarlah wahai kawanku, org yang sayangi kau itu sudah cukup hebat Allah jadikan dia untuk engkau, orang yang sayangi engkau itu sudah cukup sempurna Allah jadikan untuk engkau, orang yang engkau sayangi itu juga sudah cukup setia Allah jadikan untuk engkau.. hanya untuk tatapan mata engkau..mungkin abadi.

Jadi bersyukurlah dengan apa yang Allah hadiahkan untuk engkau. Jangan sesekali bersikap tamak dan jangan juga cintakan seseorang hanya kerana harta.

No comments:

Post a Comment

tabung

halwa telinga


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com